Wednesday, December 17, 2014

Ayda Jebat terima babak intim bersama Izzue Islam diubah

Pelakon Ayda Jebat menghormati permintaan pelakon dan ahli kumpuan Forteen, Izzue Islam yang tidak mahu melakonkan babak intim dalam drama bersiri terbaru berjudul "Suami Sebelah Rumah", termasuk mengubah adegan diterkam pada malam pertama.


ayda jebat, Ayda Jebat terima babak intim, gosip, hiburan, info, izzue islam, sensasi, terkini,


Memetik laporan mStar, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, permintaan untuk tidak melakonkan adegan tersebut tidak mengganggu perjalanan drama berkenaan, sebaliknya Izzue memberikan pelbagai idea untuk mengubah aksi mesra dengan mengekalkan lagi keintiman mereka yang memegang watak suami isteri.

"Izzue seorang pelakon yang profesional dan penuh dengan pelbagai idea bagi memastikan adegan intim kami tidak cacat dalam drama bersiri itu.

"Saya langsung tidak mempunyai masalah dan faham kedudukannya sebagai suami orang dan saya sendiri tidak selesa melakonkan adegan itu jika berada ditempatnya," ujarnya.

Jelasnya lagi, dia dan Izzue akan berbincang terlebih dahulu jika terdapat sebarang adegan intim dalam babak-babak drama berkenaan dan memberikan idea bagi mengelakkan mereka bersentuhan.

"Sebagai contoh ada babak kami memasuki bilik hotel dan ia adalah malam pertama kami.

"Di dalam skrip Izzue sepatutnya melompat ke atas katil menerkam saya tetapi dengan ideanya kami tukar watak dia memadam lampu dan membiarkan imaginasi penonton menggambarkan apa yang terjadi."

Drama "Suami Sebelah Rumah" terbitan JS Production ini bakal menemui penonton di TV3 tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Ayda bersyukur rezekinya dalam industri lakonan semakin murah dan teruja kerana bakal menjalani penggambaran dua buah filem pada awal tahun hadapan.

Baca : Trilogi Terakhir The Hobbit Khamis Ini 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →