Wednesday, December 17, 2014

Sari Yanti sah bercerai secara tebus talak

Aktres Sari Yanti dan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain telah disahkan bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM10,000 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.


Sari Yanti sah bercerai secara tebus talak, info, terkini, hiburan, sensasi, hiburan, sari yanti sah cerai,

Memetik laporan Kosmo!, peguam syarie yang mewakili Mohd Edy, Fakrul Azman Abu Hassan memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz (kembali taat) aktres itu semalam.

Pada 25 Februari lalu, aktres berusia 30 tahun ini telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban.

Namun Mohd Edy tidak bersetuju dan memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap Sari Yanti pada 7 Mac.

Pasangan ini telah berkahwin selama lima tahun dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 3.

Baca : Ayda Jebat terima babak intim bersama Izzue Islam diubah 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →