Wednesday, December 17, 2014

Jejaka Mat Salleh Kekasih Kavita Sidhu?

Sudah lama rasanya tak mendengar perkembangan berkenaan pelakon filem dan bekas ratu cantik Kavita Sidhu.


Jejaka Mat Salleh Kekasih Kavita Sidhu?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kavita sindhu

Tapi baru-baru ini diberi tahu pelakon Waris Jari Hantu itu agak rapat dengan seorang jejaka mat salleh tinggi lampai yang khabarnya memiliki sebuah restoran di ibu negara.

Bagaikan pinang dibelah dua, dapat dirasakan keserasian mereka berdua kerana masing-masing sama tinggi dan elok pula buatannya.

Tetapi daripada penyiasatan, terhadap laman Instagram mereka berdua, kelihatan kemesraan antara pasangan berkenaan dan masing-masing agak kerap memuat naik gambar mereka berdua untuk tatapan semua.

Malah ada salah satu gambar yang menunjukan Roberto memeluk mesra Kavita, di mana gambar berkenaan telah dirakamkan ketika mereka hadir ke majlis resepsi personaliti TV popular, Elaine Daly baru-baru ini.

Dalam salah satu gambar yang dimuat naik, Roberto telah repost gambar selfie mereka berdua daripada Instagram milik Kavita sendiri yang menggunakan caption yang cukup unik dan boleh meninggalkan tanda tanya.

Kalau tak silap , ramai juga yang merestui hubungan mereka berdua dengan memberikan gelaran ‘amazing couple’.

Entahlah, walau apapun status hubungan mereka berdua, Diharapkan agar hubungan antara Kavita Sidhu dan Roberto akan berkekalan sampai bila-bila kerana masing-masing nampak sangat sepadan serta loving.

Lagipun sudah lama tak dengar cerita Kavita keluar dengan mana-mana jejaka dan nampaknya dengan kehadiran Instagram, aktres berkenaan kini lebih bersifat terbuka.


Baca : Amelina Buat Kejutan Di Pertunjukkan Fesyen 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →