Friday, December 19, 2014

Azza Elite akui lebih selektif selepas berhijab

Nama Azza Elite di lihat sepi dalam industri tanah air, namun itu tidak bermakna dia telah meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon, sebaliknya dia lebih memilih jalan cerita dan watak yang bersesuaian dengan penampilan barunya sekarang.


Azza Elite akui lebih selektif selepas berhijab, info, terkini, hiburan, azza elite, pelakon,

Bukannya dia sudah melupakan bidang seni tetapi dia kini lebih selesa menguruskan perniagaan butik muslimahnya.

Artikel Terdahulu :  

"Sejak dua tahun lalu saya ada mengusahakan butik busana Muslimah Precious Al Jannah di Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"Jadi kini saya memang selesa menguruskan perniagaan. Namun, bidang seni memang tak pernah dilupakan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Jelasnya lagi, dia masih menerima beberapa tawaran berlakon, tetapi lebih memilih watak yang bersesuaian dengannya sekarang dan memastikan lokasi pengambaran tidak jauh dari keluarga.

"Memandangkan kini saya pun sudah berhijab, jadi saya perlu memilih watak yang sesuai dengan imej. Pun begitu saya tidaklah bersikap terlalu cerewet.

"Selain itu, saya akan memastikan lokasi pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kerana tidak mahu jauh daripada keluarga dan pernigaan."

Azza juga turut memberitahu, banyak drama lakonannya masih belum ditayangkan di televisyen.

Tambah Azza lagi, minatnya pada nyanyian tidak pernah padam dan masih bersahabat baik dengan rakan-rakan Elite yang lain walaupun semuanya sudah berkeluarga.

"Hubungan persahabatan kami semua baik dan rapat kerana saling berhubung di antara satu sama lain. Bahkan, ada kalanya kami akan adakan persembahan nyanyian bersama."

Azza juga mempunyai perancangan untuk muncul dengan single baru, namun dia perlu mendapatkan lagu yang bersesuaian dengannya.

Baca : 4 Kritikan Chef Wan Terhadap Pasangan Remaja Belasan Tahun Kahwin Awal 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →