Friday, December 19, 2014

Najwa Mahiaddin ganti Yuna di AJL 29

Penyanyi yang popular dengan lagu "Got To Go", Najwa Mahiaddin akan menggantikan Yuna untuk membawakan lagu "Lelaki" di "Anugerah Juara Lagu ke-29" (AJL 29) pada 18 Januari depan.


Najwa Mahiaddin ganti Yuna di AJL 29 , info, terkini, hiburan, sensasi, najwa mahiaddin, yuna, AJL29

Memetik laporan daripada Berita Harian, pemilihan Najwa sebagai pengganti dipilih oleh Yuna sendiri memandangkan dia tidak dapat membuat persembahan pada hari tersebut kerana terikat dengan komitmennya sebagai artis di Amerika Syarikat.

Ini bukanlah kali pertama lagu ciptaan Yuna dinyanyikan oleh penyanyi lain pada pertandingan lagu berprestij itu.

Sebelum ini menyaksikan penyanyi dan komposer Aizat Amdan membawakan karya indah ciptaan Yuna iaitu "Terukir Di Bintang" pada AJL 27, sekaligus diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan juara bagi pertandingan itu.

Artikel Terdahulu :  

Pemilihan Najwa sebagai pengganti merupakan pilihan yang tepat kerana dia di antara penyanyi wanita yang mempunyai vokal yang hebat dan pastinya akan memberi seingan hebat kepada peserta-pesarta lain.

Ini merupakan lagu ketiga ciptaan Yuna yang berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL.

Pada tahun 2004, lagu ciptaan Yuna "Dan Sebenarnya" pernah dinobatkan sebagai Naib Juara Keseluruhan AJL24 manakala lagu "Terukir Di Bintang" memenangi Juara Keseluruhan pada AJL27.

Baca : Azza Elite akui lebih selektif selepas berhijab 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →