Wednesday, December 10, 2014

Cat Farish Terharu Doa Dimakbulkan

Penyanyi Cat Farish akui tidak menyangka doanya untuk pergi satu tempat yang indah dan tenang seolah-olah telah dimakbulkan Tuhan setelah dia menerima tawaran untuk mengerjakan Umrah secara percuma sehari selepas itu.


Cat Farish Terharu Doa Dimakbulkan, info, terkini, hiburan, penyanyi dan pelakon, cat farish

Cat Farish berkata ianya seolah-olahs atu keajaiban telah berlaku kepada dirinya kerana sejak 2 tahun lalu, dia memang sudah merancang untuk mengerjakan Umrah tetapi ianya tidak kesampaian oleh sebab-sebab tertentu.

“Sebenarnya sehari sebelum dapat panggilan daripada seorang teman yang menawarkan pakej Umrah secara percuma ini, saya ada berdoa selepas selesai solat meminta untuk pergi ke satu tempat yang tenang dan indah.

“Doa itu saya minta secara general sahaja kerana memang saya mahu ke satu tempat begitu tetapi belum terlintas tanah suci Mekah, namun bila dapat tawaran ini saya terus terharu dan mengalirkan air mata kerana rasa bagai tak percaya pula Tuhan seperti mendengar permintaan saya.

“Tambahan pula, saya memang dah lama merancang untuk ke tanah suci dan berhajat untuk bawa ibu saya sekali. Jadi dengan peluang ini saya akan menggunakannya sebaik-baiknya untuk beribadat kepadaNya,” katanya kepada murai.com.my

Ahli kumpulan The Fabulous Cat ini ditemui selepas selesai pelancaran Kembara Umrah VIP Muhasabah Cinta 2015 di Hotel De Palma Ampang, semalam.

Cat bakal mengerjakan haji bersama Ustaz  Hanafi serta 70 orang rombongan yang lain pada untuk sesi Januari 2015 iaitu bermula pada 21 Januari hingga 1 Februari 2015.

Selain Cat, artis yang bakal mengikuti pakej Umrah tersebut untuk sesi lain adalah Mawi, Fahrin dan Awie Wings.

Sementara itu, Cat memberitahu tawaran untuk ke tanah suci itu bagaimanapun telah membuka hatinya untuk lebih mendekatkan diri kepada Maha Esa.

“Tawaran untuk ke tanah suci ni seperti telah beri saya sign untuk lebih mengingatiNya. Nak cakap pasal berhijrah saya dah lama berhijrah sejak saya berkahwin.

“Tapi kalau hendak betul-betul berhijrah , saya rasa saya akan tinggalkan dunia hiburan ni. Namun itu masih dalam perancangan, hanya masa sahaja akan menentukannya nanti,” jelasnya lagi.

Pakej Umrah VIP Muhasabah Cinta itu menawarkan hotel 5 bintang dan pelbagai keistimewaan lain dengan harga serendah RM9588.

Selain sesi Januari 2015, pakej Umrah ini turut menyediakan 3 sesi  lain kepada bakal peserta yang mahu mengikuti rombongan tersebut iaitu sesi Februari 2015, Mac 2015 da April 2015 bersama artis yang berbeza-beza.

Baca : Foto-foto Hanif & Ray ERA fm Berusaha Mendaki Gunung Kinabalu 

 Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →