Wednesday, December 10, 2014

Foto-foto Hanif & Ray ERA fm Berusaha Mendaki Gunung Kinabalu

Penyampai radio ERA fm iaitu Hanif dan Ray ketika ini sedang gigih mendaki Gunung Kinabalu untuk mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records dengan menakluki gunung tertinggi itu melalui siaran radio secara langsung dari atas puncak Gunung Kinabalu esok.


Foto-foto Hanif & Ray ERA fm Berusaha Mendaki Gunung Kinabalu, info, terkini, hiburan, radio era fm, haniff dan ray era, gunung kinabalu, malaysia book of records

Meskipun sudah memulakan  pendakian pada kira-kira jam 8 pagi tadi, mereka kini masih lagi belum tiba ke puncak dan masih lagi meneruskan perjalanan untuk menawan Gunung Kinabalu.

Menerusi foto yang dikirimkan mereka masih lagi tidak berputus asa untuk meneruskan perjalanan walapun masing-masing seperti sudah tidak terdaya lagi.

Namun mereka tetap meneruskan misi mereka untuk bersiaran secara langsung pada bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam esok tanpa henti dari puncak Gunung Kinabalu bagi mencapai rekod baru dalam Malaysia Book of Records.

Misi pendakian itu dilancarkan adalah bersempena dengan Hari Gunung Antarabangsa.

Berikut merupakan foto-foto menarik mereka ketika sedang mendaki gunung tersebut:


Foto-foto Hanif & Ray ERA fm Berusaha Mendaki Gunung Kinabalu, info, terkini, hiburan, radio era fm, haniff dan ray era, gunung kinabalu, malaysia book of records

Foto-foto Hanif & Ray ERA fm Berusaha Mendaki Gunung Kinabalu, info, terkini, hiburan, radio era fm, haniff dan ray era, gunung kinabalu, malaysia book of records

Baca : Hanez Suraya Akan Kembali Bersama Romie? 

 Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →