Tuesday, December 9, 2014

Haniff & Ray ERA fm, Bakal Cipta Rekod Bersiaran

Buat julung kalinya penyampai radio ERA fm, Haniff dan Ray bakal mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records dengan menakluki Gunung Kinabalu melalui siaran radio secara langsung dari atas puncak Gunung Kinabalu pada 11 Disember ini.


Haniff & Ray ERA fm, Bakal Cipta Rekod Bersiaran

Tidak seperti kebiasaanya, kali ini Haniff dan Ray bakal bersiaran di luar studio dengan persekitaran yang amat berbeza iaitu berada di Gunung Kinabalu secara berterusan selama 14 jam tanpa henti.

Ketika diwawancara , Ray bagaimanapun mngakui dia kini mempunyai perasaan bercampur-baur kerana ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat mereka apabila perlu mendaki gunung yang tertinggi di Asean itu selama kira-kira 6 jam untuk sampai ke lokasi tempat mereka secara langsung menerusi ERA fm.

“Saya sebenarnya hampir putus asa untuk menyahut cabaran ini kerana saya sendiri tahu kemampuan saya untuk mendaki gunung, lebih lagi gunung yang tertinggi seperti Kinabalu.

“Namun setelah diberi semangat dan kekuatan oleh rakan-rakan yang lain, saya sahut juga cabaran ini bagi membuktikan saya boleh buat walapun keadaan fizikal saya begini.

“Tak banyak persiapan yang saya lakukan, cuma dari segi stamina saya kini banyak bermain badminton hampir setiap petang,” katanya kepada murai.com.my ketika ditemui.

Sementara itu, Haniff pula memberitahu dia akui beban kini lebih dirasai ke atas dirinya kerana semua pihak meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya kerana dari segi fizikal dia kelihatan lebih berstamina berbanding  Ray.

“Dari segi fizikal memang saya nampak lebih sihat dan seperti lebih kuat tapi hakikatnya saya punya kolestrol yang tinggi ketika membuat pemeriksaan doktor baru-baru ni. Saya juga bukanlah orang yang suka bersukan,  tak macam Ray, dia memang aktif bersukan.

“Jadi memang beban tu lebih pada saya sekarang ini. Mahu tak mahu, terpaksalah saya membuat persediaan dengan naik tangga 18 tingkat tanpa menggunakan lift di apartment saya untuk menjaga kekuatan kaki ketika mendaki gunung nanti,” jelasnya kepada murai.com.my.

Misi pendakian Haniff & Ray ERA menakluki puncak Gunung Kinabalu itu dilancarkan bersempena dengan Hari Gunung Antarabangsa.

Haniff memberitahu mereka akan mengambil masa sehari untuk mendaki kira-kira 19,000 tangga ke Gunung Kinabalu sebelum berisaran langsung dari atas pada keesokan harinya.

“Kami akan mendaki Gunung Kinabalu kira-kira jam 8 pagi pada  10 Disember ini dan cuba mendaki ke atas serta tidur semalaman di sana.

“Kemudian pada keesokan paginya baru kami akan bersiaran secara langsung dari atas bersama-sama. Saya amat berharap rekod ini akan dapat diselesaikan dengan sempurna kerana saya mahu buktikan pada diri saya sendiri yang saya boleh lakukan walaupun ianya nampak seperti mustahil,” luahnya lagi.

Bakal mendaki pada 10 Disember dan turun pada 12 Disember ini, pendakian mereka bakal diiringi oleh mascot rasmi jenama ubat gigi Fresh & White selaku rakan kerjasama.

Baca : Pendedahan Kamal Adli Tentang Intan Ladyana Yang Mengejutkan 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →