Tuesday, December 9, 2014

Yuna Zarai Sudah Temui Pengganti Lagu Lelaki Dalam AJL29?

Rasa ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi kelahiran Malaysia bertaraf antarabangsa iaitu Yuna tidak dapat beraksi untuk membawakan lagu ciptanya dan nyanyiannya yang berjudul Lelaki pada Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada tanggal 18 Januari 2015.


Yuna Zarai Sudah Temui Pengganti, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Yuna Zarai

Bukannya Yuna sengaja berbuat demikian, namun difahamkan Yuna pada ketika itu sibuk dan terikat siri konsert jelajah di Amerika Syarikat.

Artikel Terdahulu :  

Jadi buat kesekian kalinya, Yuna terpaksa mencari penyanyi lain untuk menggantikan tempatnya di gelanggang AJL29 nanti seperti mana yang dilakukannya pada AJL27 apabila memilih Aizat Amdan untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang.

Namun, siapakah agaknya penyanyi tempatan yang bakal membawakan lagu baru Yuna ini? Rata-rata peminat nampaknya berharap Yuna akan terus memilih Aizat Amdan kerana mereka percaya penyanyi yang juga komposer berbakat itu mampu menggalas tugas tersebut dengan baik.

Setuju juga dengan pandangan peminat terhadap Aizat Amdan. Tapi, dalam waktu yang sama,  percaya tugas untuk membawakan lagu Lelaki itu haruslah dipikul oleh penyanyi lain pula.

Khabarnya Yuna sudah pun mempunyai pilihan penyanyi yang disifatkan layak untuk membawakan lagu tersebut, tetapi kali ini dia tidak mahu menyebut siapa nama itu. Takut bocor rahsia!

Yang penting, suara penyanyi ini pun hebat macam Aizat Amdan juga!

Baca : Haniff & Ray ERA fm, Bakal Cipta Rekod 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →