Penyanyi dan komposer muda, Yuna masih lagi gusar sama ada dia dapat membuat persembahan atau pun tidak di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).
Ia berikutan jadual kerja yang padat di Amerika Syarikat kerana pihak pengurusannya di sana telah merancang pelbagai program yang perlu dia penuhi.
“Entahlah, saya masih lagi keliru, kalau saya tak membuat persembahan pada malam itu, mungkin penyanyi lain yang akan gantikan saya.”
“Untuk yang gantikan saya tu mestilah yang boleh menyanyikan dengan baik, saya rasa yang sesuai ialah Aizat, mungkin dia boleh buat kot, tapi entahlah sukar nak buat keputusan sekarang,” seloroh Yuna kepada portal Murai.com.my.
Menurutnya lagi, dia telah menghabiskan cutinya di Malaysia hampir 2 bulan berikutan saudara terdekat telah meninggal dunia baru-baru ini.
“Saya dah cuti lama dah, dalam bulan ini juga saya akan menunaikan umrah. Selepas pulang dari umrah saya akan pulang ke Amerika Syarikat,” ujarnya.
Yuna juga tidak menyangka lagu Lelaki layak ke peringkat akhir dan memerlukan persediaan yang rapi untuk membuat persembahan.
“Saingan kali ini seperti biasalah memang sengit untuk meraih gelaran juara AJL 29. Apa-apa pun saya cuba untuk menyanyikannya pada malam itu nanti, doa-doakanlah saya boleh ‘perform’,” harapan Yuna untuk peminatnya.
Baca : Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari

Sumber : murai.com.my