Tuesday, December 9, 2014

Fizo Omar Raih Anugerah Pembangunan Usahawan Muda

Walaupun pelakon muda ini sering kelihatan sibuk dengan aktiviti seninya seperti tugasan hos TV rancangan bual bicara, berlakon drama atau pun filem, namun kagum dengan kesungguhan dan kegigihannya dalam menguruskan bidang perniagaan.

Pelakon yang dimaksudkan ialah Fizo Omar iaitu suami tercinta kepada Mawar.


Fizo Omar Raih Anugerah, info, terkini,hiburan, sensasi, Fizo Omar, Suami Mawar Fareeda


Berkat kerajinan dan usaha yang jitu,  rangkaian bisnes 'Hotburgermalaysia’ yang diusahakan Fizo Omar itu nyata telah membuahkan hasil serta mendapat sokongan serta  sambutan yang amat mengalakkan daripada masyarakat.

Disebabkan kemajuan cawangan bisnes yang kian bercambah, beberapa pihak mula membuka mata terhadap pencapaian Fizo sehingga dia telah diberikan pengiktirafan untuk menerima Anugerah Pembangunan Usahawan Muda Selangor menerusi  Majlis Anugerah Pencapaian Terbaik Usahawan Selangor 2014.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek di SACC Convention Centre, Shah Alam Selangor, semalam.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Fizo  kerana hasil idea dan jenama burgernya itu telah menjadi inspirasi kepada anak muda lain di luar sana untuk berjaya dan menjadi seorang usahawan.

Malah, Fizo Omar juga boleh dijadikan conton yang terbaik oleh pelakon-pelakon tempatan lain yang mahu melebarkan sayap dalam bisnes makanan.

Baca : Yuna Zarai Sudah Temui Pengganti 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →