Tuesday, December 9, 2014

Dato` Jalaluddin Hassan Tidak Hadir Untuk MLM 2014 Jumaat Ini

Keakraban hubungan diantara abang dan adik seringkali meninggalkan kesan yang mendalam buat sesiapa yang pernah melalui pengalaman sebegini. Perasaan yang sama kini dihadapi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014, Dato` Jalaluddin Hassan yang kehilangan abangnya pada pagi Isnin lalu.


Dato` Jalaluddin Hassan, info, terkini,hiburan, gosip, jalaluddin hassan,

Berita sedih tersebut bermula setelah abangnya Datuk Fuad Hassan diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam Sabtu lalu.

 "Arwah mendapat serang jantung pada Sabtu lalu ketika berada di Kemaman, Terengganu dan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke hospital di Kuantan pagi Ahad.


Artikel Terdahulu :  


“Mujurlah kami adik beradik terdekat diberi kesempatan untuk menghabiskan masa terakhir bersama Allahyarham ketika dia dimasukkan ke Hospital Tuanku Afzan, Kuantan Pahang.

“Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana dapat berada di sisinya pada saat-saat akhir hayatnya dan melepaskan dia pergi dengan tenang dan aman,”cerita Jalaluddin yang merupakan anak kepada tokoh agamawan Tan Sri Haji Hassan Azahari.

Pemergian Datuk Fuad Hassan yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedikit sebanyak mengusik emosi Datuk Jalaluddin yang menyifatkan Fuad adalah seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

“Arwah sentiasa memastikan kami adik-beradik akan berkumpul dan meluangkan masa bagi merapatkan silaturahim. Dia juga tak pernah jemu jadi pendengar setia sekiranya saya bercerita sebarang masalah atau ingin berbincang mengenai sesuatu perkara.

"Allahyarham bukan sahaja seorang abang tetapi beliau juga adalah sahabat baik saya. Hubungan kami memang akrab sejak kecil dan kami tidak pernah berpisah sampaikan selepas berkahwin kami tinggal berjiran sehingga ke hari ini,”tambahnya lagi yang redha dengan ketentuan Illahi.

Komitmen pengacara yang pernah popular dengan rancangan Who Wants TO Be A Millionaire kini  sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM 2014), belum dipastikan bahawa dia boleh hadir atau tidak pada acara yang berlangsung pada setiap Jumaat itu.

"Saya belum pasti sama ada akan hadir atau tidak pada Jumaat ini untuk MLM 2014. Sebarang kemaskini akan segera dimaklumkan,”ucapnya lagi kepada Portal Murai.

Jenazah Allahyarham Datuk Fuad Hassan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang di sini kira-kira pjam  12 tengah hari, Isnin, semalam.

Salam takziah daripada Portal Murai kepada seluruh ahli luarga Datuk Jalaluddin Hassan. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Datuk Fuad Hassan dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman.

Baca : Fizo Omar Raih Anugerah 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →