Wednesday, December 3, 2014

Kerana Konsert Nurul Depp Tak Mahu Hamil Lagi

Bakal melahirkan bayi keduanya hasil perkahwinan dengan jejaka Perancis, Eric Depp, pada awal tahun depan, penyanyi hitam manis, Nurul Depp bercadang untuk berehat seketika daripada berbadan dua.


Kerana Konsert Nurul Depp Tak Mahu Hamil Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Nurul Deep, gosip, kontroversi

Dia yang dihubungi portal murai.com.my berkata, kemunculan bayi lelaki kedua itu merupakan rahmat tidak terhingga buat dia sekeluarga meskipun jauh di sudut hatinya menginginkan seorang bayi perempuan.

“Itulah, kalau nak ikutkan saya memang teringin nak bayi perempuan. Tetapi rezeki dari Tuhan nampaknya bakal mengurniakan saya seorang lagi bayi lelaki dan bagi saya ianya merupakan sesuatu yang cukup mengembirakan saya dan juga suami.

“Memang saya mahukan bayi perempuan, tetapi itu tidak bermakna saya perlu kecewa dan berhenti berharap untuk mendapatkan bayi perempuan selepas ini.

“Tambahan pula, saya dan suami telah berbincang untuk melengkapkan kuota tiga orang anak dalam perkahwinan kami ini.

“Walau bagaimanapun, selepas kelahiran ini saya bercadang untuk berehat daripada terus hamil buat sementara waktu kerana perlu memberikan fokus terhadap bidang nyanyian terutama bagi meraikan konsert sempena ulang tahun ke-20 saya dalam  bidang nyanyian,” katanya.

Sementara itu, Nurul Depp telah berkongsi gambar imbasan ultra sound bakal bayi yang berusia genap 7 bulan itu di laman sosial Instagram dan tidak ketinggalan juga blog peribadinya.

Kata Nurul Depp, gambar imbasan berkenaan telah diambil pada November lalu yang turut disaksikan suami tercinta dan putera sulungnya, Zachary.

Bercerita bagaimana penerimaan bayi pertamanya itu dengan kehadiran anak lelaki keduanya tidak lama lagi, kata Nurul Depp dia secara perlahan-lahan telah memberi tahu Zachary tentang kelahiran bayi berkenaan.

“Mungkin masih awal untuk Zachary faham, tetapi saya telah memberi tahunya yang dia akan menerima seorang adik lelaki tak lama lagi.

“Ada kalanya, saya akan mengambil tangan Zachary untuk menyentuh perut saya supaya dia tahu yang dia akan dapat seorang adik dan dalam masa yang sama suami saya juga banyak membantu dalam hal ini.

“Tapi apa yang saya suka tentang kehadiran bayi kedua ini, kerana saya tak perlu berbelanja banyak kerana semua persiapan sudahpun ada daripada kelahiran Zachary dulu. Cuma mungkin hanya perlu membeli pakaian bayi untuk kelahiran saja,” katanya.

Baca : Salamiah Hassan Selar Orang Kutuk Ifa Raziah 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →