Showing posts with label Nurul Deep. Show all posts
Showing posts with label Nurul Deep. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

Nurul Depp Dimasukan Wad Kecemasan

Mengikut perancangan, penyanyi hitam manis, Nurul Depp sepatutnya melahirkan bayi kedua hasil perkahwinannya bersama jejaka Perancis, Eric Depp pada Februari akan datang.


Nurul Depp Dimasukan Wad Kecemasan, info, terkini, hiburan, sensasi, nurul deep,

Namun kerana masalah pendarahan akibat kedudukan urinya yang berada di bawah rahim, maka Nurul Depp telah dimasukan ke hospital sejak awal Ahad lalu.

Nurul Depp di dalam blognya menulis, dia telah dinasihati oleh pihak doktor supaya mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum melahirkan seorang lagi putera dalam masa terdekat.

Malah apa yang lebih mencabar kerana penyanyi Tika Cinta itu terpaksa memandu sendiri ke hospital berhampiran seawall jam 6 pagi kerana ketiadaan suami tercinta yang ketika itu berada di Orissa, India.

“Aku sampai di bahagian kecemasan jam 6.55 pagi. Main pandu je kereta. Dah nak cepat. Nasib baik tak jauh. Hanya 5 minit dari rumah jika tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.

“Dia  (Eric)yang sibuk di Orissa sepanjang hari, tak tahu menahu. Aku tak mahu dia hilang kosentrasi bekerja dengan berita aku. Aku biarkan dia habiskan dulu kerjanya. Lewat malam itu, baru aku khabarkan. Lagipun, kalau beritahu awal-awal, bukannya dia boleh balik terus. Jauh sangat!

“Bila Eric dapat tahu, apa lagi… Dia risaulah. Dari mesej pesanan suaranya, memang dia tak terkata apa kerana terlalu risau dan fikir bagaimana keadaan aku. Aku baru memasuki 34 minggu. Menyedari hakikat itu, lagilah dia tak lepas berfikir. Sudahlah dia berada jauh,” tulis Nurul Depp di dalam blognya sebentar tadi.

Menurut Nurul Depp,  suaminya itu bagaimanapun telah selamat tiba di ibu negara pada Selasa lalu dan ternyata telah banyak membantu menjaga bayi pertamanya, Zachary  termasuk urusan kerja rumah sementara dia berada di hospital.

Tulis Nurul Depp lagi, dia juga sengaja merahsiakan keadaanya kepada kedua mertua yang bakal tiba dari Perancis pada Jumaat ini untuk memberi kejutan juga tidak mahu mewujudkan perasaan risau kepada mereka berdua.

“Jadi, dah tak lama lagi mereka akan sampai ke KL. Harapnya, mereka tak sekodeng blog aku ni sebelum berlepas ke mari. Kata Eric jangan tulis apa-apa dulu.

“Sengaja tak nak beri tahu. Nanti risau sampai tak boleh nak buat apa. Maklum sajalah, orang tua. Risau menantu, risau cucu, risau anak tunggal mereka tu. Biar dia orang dah sampai, dapat tahu dan lihat aku di depan mata. Itu tak apa,” tulisnya.

Baca : Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita 

Sumber : murai.com.my

Wednesday, December 3, 2014

Kerana Konsert Nurul Depp Tak Mahu Hamil Lagi

Bakal melahirkan bayi keduanya hasil perkahwinan dengan jejaka Perancis, Eric Depp, pada awal tahun depan, penyanyi hitam manis, Nurul Depp bercadang untuk berehat seketika daripada berbadan dua.


Kerana Konsert Nurul Depp Tak Mahu Hamil Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Nurul Deep, gosip, kontroversi

Dia yang dihubungi portal murai.com.my berkata, kemunculan bayi lelaki kedua itu merupakan rahmat tidak terhingga buat dia sekeluarga meskipun jauh di sudut hatinya menginginkan seorang bayi perempuan.

“Itulah, kalau nak ikutkan saya memang teringin nak bayi perempuan. Tetapi rezeki dari Tuhan nampaknya bakal mengurniakan saya seorang lagi bayi lelaki dan bagi saya ianya merupakan sesuatu yang cukup mengembirakan saya dan juga suami.

“Memang saya mahukan bayi perempuan, tetapi itu tidak bermakna saya perlu kecewa dan berhenti berharap untuk mendapatkan bayi perempuan selepas ini.

“Tambahan pula, saya dan suami telah berbincang untuk melengkapkan kuota tiga orang anak dalam perkahwinan kami ini.

“Walau bagaimanapun, selepas kelahiran ini saya bercadang untuk berehat daripada terus hamil buat sementara waktu kerana perlu memberikan fokus terhadap bidang nyanyian terutama bagi meraikan konsert sempena ulang tahun ke-20 saya dalam  bidang nyanyian,” katanya.

Sementara itu, Nurul Depp telah berkongsi gambar imbasan ultra sound bakal bayi yang berusia genap 7 bulan itu di laman sosial Instagram dan tidak ketinggalan juga blog peribadinya.

Kata Nurul Depp, gambar imbasan berkenaan telah diambil pada November lalu yang turut disaksikan suami tercinta dan putera sulungnya, Zachary.

Bercerita bagaimana penerimaan bayi pertamanya itu dengan kehadiran anak lelaki keduanya tidak lama lagi, kata Nurul Depp dia secara perlahan-lahan telah memberi tahu Zachary tentang kelahiran bayi berkenaan.

“Mungkin masih awal untuk Zachary faham, tetapi saya telah memberi tahunya yang dia akan menerima seorang adik lelaki tak lama lagi.

“Ada kalanya, saya akan mengambil tangan Zachary untuk menyentuh perut saya supaya dia tahu yang dia akan dapat seorang adik dan dalam masa yang sama suami saya juga banyak membantu dalam hal ini.

“Tapi apa yang saya suka tentang kehadiran bayi kedua ini, kerana saya tak perlu berbelanja banyak kerana semua persiapan sudahpun ada daripada kelahiran Zachary dulu. Cuma mungkin hanya perlu membeli pakaian bayi untuk kelahiran saja,” katanya.

Baca : Salamiah Hassan Selar Orang Kutuk Ifa Raziah 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif