Monday, December 22, 2014

Komen Adlin Aman Ramli Tentang Tudung Aina Mentor Legend Timbulkan Rasa Kurang Senang

Siapa tengok Mentor Legend ahad lepas? Mesti ramai kan? Dan pasti ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen Adlin Aman Ramlie mengenai tudung Aina yang merupakan protege Ella. Agak terkejut juga mendengar komen Adlin. Malah reaksi yang ditunjukkan oleh penonton di studio juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh Adlin. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kot.


Aina Mentor Legend, info, terkini, hiuran, sensasi, gosip, kontroversi, Adlin Aman Ramlie

Antara bait-bait komen yang dikeluarkan oleh Adlin ialah ‘nampak macam makcik-makcik, ustazah tiba-tiba menyanyi‘. Secara jujur, Aina comel sahaja dengan tudung yang digayakan. Tak adalah melampau macam penyanyi-penyanyi lain. Lagipun memang sesuai dengan wajah Aina. Ikuti komen Adlin di bawah:-



Berdasarkan komen-komen yang dikeluarkan oleh penonton Mentor Legend semalam, ramai yang tidak gembira dengan kritikan mengenai tudung yang dikeluarkan oleh Adlin. Antara komen-komen yang menarik ialah:-

Aina Mentor Legend, info, terkini, hiuran, sensasi, gosip, kontroversi, Adlin Aman Ramlie

Makcik-makcik sekarang punya gaya tudung pun silap-silap haribulan boleh kalah anak dara dibuatnya. Tak gitu? Diharapkan Aina tidak menukar gaya tudungnya dalam konsert Mentor Legend minggu hadapan. Percayalah imej tudung anda ini dah sesuai dengan anda. Ramai yang sukakannya. Teruskan imej sebegini. Cantik dan sedap mata memandang. Apa komen anda?

Baca : Gambar Buah Dada Dewi Perssik Diraba 

Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →