Monday, December 22, 2014

Punca Aweera Digugur Dari AJL 29

Ramai yang sedia maklum Aweera kini sudah tidak bersama kumpulan Mojo namun penyanyi itu tetap mahu membawakan lagu Romancinta di peringkat akhir persaingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang akan berlangsung pada Januari nanti.


Punca Aweera Digugur Dari AJL 29, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, konrroversi, Aweera Mojo, Edry KRU,

Namun, perkembangan terbaru mengatakan yang Edry KRU selaku pencipta lagu tersebut telah mengambil keputusan untuk menggugurkan Aweera selaku vokalis atas alasan yang penyanyi itu mahu membawa kumpulan sendiri dan bukannya bersama Mojo.

“Pada saya ini jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain,” ujar Edry KRU kepada Harian Metro.

Namun menerusi Facebook, pengurus kepada Aweera telah tampil memberikan penjelasan beliau sendiri tentang apa sebenarnya yang terjadi sehingga memaksa Aweera menarik diri dan bukan digugurkan dari terus bersama Mojo ke AJL 29.

“Melihat pada penjelasan pihak Edry adalah bercanggah dan tidak benar sama sekali. Banyak isu melibatkan kenapa pihak kami tidak mahu Aweera bekerjasama untuk AJL 29 nanti. Ini adalah kerana pihak Edry ada rencana dan agenda demi kepentingan sendiri”

“Mengambil ruang dan kesempatan pentas AJL29 untuk memberi ruang pada penyanyi baru Mojo dari Indonesia untuk berganding dengan Aweera adalah bercanggah sama sekali,” tulisnya.

Ramai peminat lagu Romancinta mengharapkan Aweera masih dapat menyanyikan lagu tersebut di pentas akhir AJL 29 tetapi melihat keadaan semasa, ianya seakan mustahil. Semoga pengganti beliau nanti akan memberikan yang lebih baik.

Baca : Komen Adlin Aman Ramli Dikecam 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →