Friday, December 12, 2014

Konsert Wings Tidak Mendapat Tajaan Syarikat Besar

Gitaris Wings dan Selaku Pengarah Projek Anggerik Events akui Konsert Wings Menakluk Kosmos tidak mendapat penajaan dari syarikat korporat yang besar.


Konsert Wings Tidak Mendapat Tajaan Syarikat Besar, info, terkini, hiburan, kumpulan wings, konsert Wings Menakluk Kosmos, sensasi,

Namun tidak mematahkan semangat kumpulan wings untuk meneruskan konsert ini demi peminatnya di seluruh negara.

Artikel Terdahulu :  


“Konsert ini akan tetap diteruskan walaupun ada segelintir kos konsert akan tergelincir daripada apa yang kami rancangkan kerana kos untuk menganjurkan sesebuah konsert dalam lingkungan RM500 ribu hingga RM600 ribu.

“Kalau terlalu mengharapkan tajaan semata-mata, kemungkinan konsert ini tidak dapat dijayakan dengan baik malah menampakkan kami seperti tidak ikhlas untuk menganjurkannya,” kata Joe ditemui portal Murai.com.my di majlis sidang media Konsert Menakluk Kosmos di Hotel Premiera di ibu negara.

Menurut Joe lagi, dia juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang sudi menaja konsert ini dan budi mereka amat dia hargai.

“Saya bersyukur walaupun bukan daripada syarikat yang besar yang sudi menaja, ia amat bermakna. Saya yakin sasaran penonton melebihi 20 ribu orang akan tercapai di setiap penganjuran konsert,” ujar Joe.


Konsert Wings Tidak Mendapat Tajaan Syarikat Besar, info, terkini, hiburan, kumpulan wings, konsert Wings Menakluk Kosmos, sensasi,

Konsert Wings Menakluk Kosmos bakal berlangsung di tiga lokasi terpilih mulai 27 Disember ini iaitu di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan diikuti di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari 2015) dan MITC, Melaka (31 Januari 2015).

Harga yang dikenakan ialah sebanyak RM75 kecuali harga tiket pakej Rock Zone yang bernilai RM390 yang mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu pembeli dapat Meet and Greet bersama Kumpulan Wings, makan malam bersama dan cenderhati istimewa.

Untuk ahli kelab Sayap-sayap Wings, anda bakal mendapat harga istimewa bagi kedua-dua kategori tiket. Namun pembelian tiket haruslah melalui kelab. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Zul di talian 012 266 6877 atau layari www.sayap2wings.com.

Tiket sudah mula dijual sejak 5 Disember lalu. Untuk tempahan secara online layari www.ticket2U.biz atau hubungi talian 03- 4026 5558.

Baca : Punca Ibu Awie Wings Meninggal Dunia  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →