Friday, December 12, 2014

Punca Ibu Awie Wings Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Azhar Othman atau Awie telah dilaporkan meninggal dunia di kediaman vokalis kumpulan Wings itu di Ukay Perdana, kira-kira jam 8 pagi tadi.


Punca Ibu Awie Wings Meninggal Dunia, info, terkini, hiburan, berita awie, Hajah Azizah Abd Hamid

Ibu Awie, Hajah Azizah Abd Hamid, 75, telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit tua.

Artikel Terdahulu :  

Sebelum ini, Allahyarhamah dilaporkan pernah memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi namun masih terkawal. Dikatakan juga arwah telah terjatuh sewaktu ingin ke bilik air pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah akan dimandikan serta dikapankan di kediaman Awie sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat nanti.

Allahyarhamah meninggalkan 5 orang anak di mana Awie merupakan anaknya yang ketiga serta 16 orang cucu.

Sejak mengalami krisis rumahtangga, ibu Awie telah tinggal bersama Awie dan anak-anaknya di Ukay Perdana.

Dalam perkembangan lain, Awie dengan anggota kumpulan Wings lain bakal mengadakan konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 27 Disember ini.

Baca : Foto Wan Raja & Yaya Maembong Nikah 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →