Friday, December 5, 2014

Memey Suhaiza Dedah Selesa Bertumit Tinggi Ketika Hamil

Pelakon Memey Suhaiza  akui tidak pernah meninggalkan kasut bertumit tinggi walapun sedang hamil 9 bulan sebelum ini.


Memey Suhaiza Dedah Selesa Bertumit Tinggi Ketika Hamil, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, memey suhaiza, isteri norman hakim,

Malah Memey yang kini hamil 5 bulan anak kedua merasakan lebih selesa mengenakan apa-apa kasut yang mempunyai tapak lebih tinggi berbanding kasut yang tidak mempunyai tapak.

"Ya, memang sekarang saya masih mengenakan kasut bertumit atau bertapak tinggi walapun sedang hamil anak kedua.

"Saya sudah biasa dari dulu dengan kasut bertumit tinggi, jadi bila hamil pun saya lebih selesa mengenakan kasut begini.

"Sebelum ni pun ketika hamilkan anak pertama, saya tetap memakai kasut tinggi sehingga lah Darwish dilahirkan.

"Pernah cuba memakai kasut yang tidak bertumit tapi saya jadi kekok dan tak selesa pula," katanya kepada portal murai.com.my

Memey ditemui ketika pelancaran jenama kasut kesihatan Medifeet yang memperkenalkan 15 rekaan baru bagi edisi 2015.

Mengulas mengenai kasut MediFeet  yang dicubanya ketika majlis pelancaran itu, Memey akui tertarik dengan  keselesaan kasut tersebut.

"Biasa orang pilih kasut pasti nak yang cantik dan bergaya  sahaja bukan? Tapi saya lihat kasut MediFeet ini lain kerana  perekanya lebih mementingkan keselesaan pengguna.

"Malah rekaannya juga bergaya dan menepati citarasa wanita kini. Tapi saya lebih tertarik  dengan  keselesaan kasut ini bila ia disarungkan ke kaki,"ceritanya.

Memey dan suaminya, Norman Hakim sudah pun dikurniakan seorang anak iaitu Darwish yang berusia 1 tahun 10 bulan dan bakal dijangka menimang cahaya mata kedua pada April tahun depan.

Baca : Umie Aida Terasa ‘Dingin’ Di New York 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →