Pelakon Memey Suhaiza akui tidak pernah meninggalkan kasut bertumit tinggi walapun sedang hamil 9 bulan sebelum ini.
Malah Memey yang kini hamil 5 bulan anak kedua merasakan lebih selesa mengenakan apa-apa kasut yang mempunyai tapak lebih tinggi berbanding kasut yang tidak mempunyai tapak.
"Ya, memang sekarang saya masih mengenakan kasut bertumit atau bertapak tinggi walapun sedang hamil anak kedua.
"Saya sudah biasa dari dulu dengan kasut bertumit tinggi, jadi bila hamil pun saya lebih selesa mengenakan kasut begini.
"Sebelum ni pun ketika hamilkan anak pertama, saya tetap memakai kasut tinggi sehingga lah Darwish dilahirkan.
"Pernah cuba memakai kasut yang tidak bertumit tapi saya jadi kekok dan tak selesa pula," katanya kepada portal murai.com.my
Memey ditemui ketika pelancaran jenama kasut kesihatan Medifeet yang memperkenalkan 15 rekaan baru bagi edisi 2015.
Mengulas mengenai kasut MediFeet yang dicubanya ketika majlis pelancaran itu, Memey akui tertarik dengan keselesaan kasut tersebut.
"Biasa orang pilih kasut pasti nak yang cantik dan bergaya sahaja bukan? Tapi saya lihat kasut MediFeet ini lain kerana perekanya lebih mementingkan keselesaan pengguna.
"Malah rekaannya juga bergaya dan menepati citarasa wanita kini. Tapi saya lebih tertarik dengan keselesaan kasut ini bila ia disarungkan ke kaki,"ceritanya.
Memey dan suaminya, Norman Hakim sudah pun dikurniakan seorang anak iaitu Darwish yang berusia 1 tahun 10 bulan dan bakal dijangka menimang cahaya mata kedua pada April tahun depan.
Baca : Umie Aida Terasa ‘Dingin’ Di New York

Sumber : murai.com.my