Monday, December 15, 2014

Pesanan Ezuwan Kepada Chacha Maembong

Sebelum ini, kecoh seketika dunia hiburan gara-gara perbalahan di laman maya antara pelakon Chacha Maembong dengan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.


Pesanan Ezuwan Kepada Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, chacha maembong, ezuwan ismail

Ia gara-gara pelakon itu tidak mengenakan persalinan yang direka Ezuwan pada malam Anugerah Skrin, bulan lalu.

Alasan yang diberikan ialah, ukuran pada baju tersebut tidak sesuai dengan tubuh Chacha sekaligus membuatkan pereka tersebut melenting di akaun Instagramnya.


Pesanan Ezuwan Kepada Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, chacha maembong, ezuwan ismail

Selepas sebulan berlalu, kami sangkakan kedua-dua pihak sudah ‘tutup buku’ mengenai perkara tersebut.

Ternyata andaian itu meleset sama sekali kerana Ezuwan sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya di akaun sosial kerana pelakon itu masih belum memulangkan baju tersebut.

Katanya:

“Ada kalanya manusia ini sukar ditafsir apa niat di sebalik apa yang terjadi. Sudahlah baju yang siap direka tidak digayakan pd acara baru baru ini. Dicerca pula org lain atas kekhilafan diri sendiri apabila cuba menegakkan benang yang basah. BERTAMBAH KRONIK baju itu terus dibuat harta tanpa rasa bersalah. MANUSIA apakah ini? Saya bukan mahu menambah bara api yang sedia mara.. tapi cukup dipulangkan saja harta milik saya itu. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.. PULANGKAN BAJU SAYA SEGERA. WASALAM #pulangkan #gilafamous #walaupungelembungtetapbuatharta #janjinakpulangtapihadoooo”


Pesanan Ezuwan Kepada Chacha Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, chacha maembong, ezuwan ismail

Aduhai Chacha…kalau sudah tak berkenan, kenapalah perlu dibuat ‘pekasam’ baju tersebut?

Kalau segan hendak bertemu dengan Ezuwan, wakilkan saja pengurus untuk menghantar semula baju tersebut, senang cerita.

Tapi sebaik-baiknya, selesaikan dengan cara elok sebab dunia hiburan tempatan kita kecil saja.

Pusing-pusing jumpa juga, tak gitu?



Baca : Punca Muka Aktor Kacak Lee Min-Ho Jadi Tua 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →