Aktor kacak kegilaan ramai wanita Korea Selatan, Lee Min-ho, 27 tahun; akhirnya mendedahkan dia sebenarnya mengalami bengkak pada hati sekali gus menyebabkan mukanya tampak lesu ketara menerusi lakonan filem terbaharunya, Gangnam Blues.
Pelakon yang mula popular melalui drama remaja genre komedi romantik sepanjang 25 episod, Boys Over Flowers di stesen televisyen tempatan KBS pada 2009 itu mendakwa, hatinya itu masih lagi sakit walaupun dia tidak pula menjamah apa-apa makanan.
“Muka saya macam bengkak teruk disebabkan hati saya tidak sihat meskipun saya tidak makan apa-apa pun. Pengarah Yon Ha malah minta saya makan terlebih dulu setelah melihat wajah saya lesu semasa penggambaran Gangnam Blues,” jelas Min-ho.
Bagi menghilangkan bengkak ujarnya, dia bermain badminton setiap awal pagi dan hanya makan mi ayam pedas sehari sebelum penggambaran, namun bengkak pada mukanya itu menjadi lebih serius sehingga penggambaran pernah terpaksa dihentikan sementara.
“Saya kini sedang bekerja keras untuk memastikan muka saya kembali muda selepas ramai rakan memberitahu, wajah saya nampak agak lebih berusia daripada umur sepatutnya setelah menjalani beberapa babak lasak penggambaran Gangnam Blues,” kata Min-ho.
Secara berjenaka, dia berkata, ada stesen tempatan kebetulan mula kembali menyiarkan drama popular lakonannya pada 2013 lalu, The Heirs di kaca TV baru-baru ini dan ramai peminat mendakwa, muka saya dalam cerita itu jauh lebih muda berbanding sekarang.
Yon Ha dalam pada itu berkata, dia perlu menangguhkan beberapa kali penggambaran filem yang bakal ditayangkan di seluruh Korea Selatan tahun depan bukan kerana wajah bengkak Min-ho tetapi mahu muka aktor itu lebih cantik di skrin kamera. – Agensi