Wednesday, December 10, 2014

Raja Ilya bakal berlakon bersama aktres Bollywood

Pelakon jelita kacukan Melayu-Malayam, Raja Ilya Raja Mohamad mengesahkan dia bakal menjalani penggambaran filem bersama pelakon Bollywood terkenal, Kajol.


Raja Ilya bakal berlakon bersama aktres Bollywood, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, gosip, raja Ilya

Memetik laporan Malaysian Digest, Raja Ilya enggan mengulas lebih lanjut mengenai filem tersebut kerana mempunyai kejutan untuk penonton, tetapi memberitahu penggambaran tersebut dijangka bermula pada Mac tahun hadapan.

"Saya akan menjalani penggambaran sebuah filem terbitan kerjasama produksi Malaysia dan India. Filem apa, saya tidak boleh cakap lagi tetapi saya mendapat tahu salah seorang pelakon Bollywood yang sudah menyatakan persetujuan berlakon filem ini adalah Kajol," ujarnya.

Selain Kajol yang pernah popular dengan filem "Kuch Kuch Hota Hai" itu, pelakon Madhuri Dixit juga dijangka terbabit dengan filem tersebut.

Nama Raja Ilya dikenali dikalangan penonton India tempatan menerusi drama tamil "Tup Periyum Pulli" dan "Angguran", serta pernah menerajui filem "Appalam" iaitu versi Tamil untuk filem "Papadom" arahan Afdlin Shauki.

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem seram berjudul "Jelmaan" sempat berkongsi pengalaman pertamanya terkena gangguan makhluk halus pada dua hari terakhir di kaki Gunung Merapi.

Menurutnya, sebelum penggambaran dimulakan, semua pelakon telah dimaklumkan bahawa lokasi tersebut adalah tempat 'keras' dan dia perlu melakonkan babak dimana dia dirasuk.

"Selepas pulang ke hotel, saya rasa lain macam seperti tidak boleh duduk seorang diri dalam bilik dan tidak boleh tidur.

"Tiba-tiba saya rasa mahu menangis dan meracau selain ibu jari kaki kanan menjadi kebas. Keesokannya apabila sampai di lokasi pengambaran semula, saya memberitahu kepada pawing sebelum dia memegang ibu jari kaki saya dan membaca mentera serta menenangkan saya.

"Kaki saya masih lagi kebas sehingga balik ke Kuala Lumpur tetapi sekarang ni, saya sudah okay selepas ibu mendapatkan air penawar daripada seorang ustaz di kampung," katanya.

Filem seram arahan pengarah Indonesia Sirdak Jatty ini merupakan gandingan pertamanya bersama pelakon Keith Foo serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha dan Reykal Iskandar.

Baca : "Lelaki Harapan dunia" tidak akan ditapis semula 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →