Tuesday, December 23, 2014

Senarai 10 Filem Melayu Paling Gagal Di Pawagam 2014

Terkejut juga melihat pada senarai kutipan filem tempatan yang dikeluarkan oleh FINAS. Dalam pada itu, agak menghairankan juga kerana terdapat beberapa filem hebat dan berkualiti serta turut menampilkan barisan pelakon popular hanya menerima kutipan kurang daripada RM500 ribu.


Senarai 10 Filem Melayu Paling Gagal Di Pawagam 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Filem Melayu 2014,

Bagaimanapun, filem-filem ini jauh lebih baik daripada sepuluh filem dibawah yang dikategorikan sebagai paling gagal sepanjang tahun 2014 kerana hanya menerima kutipan dibawah RM 250 ribu dan paling menyayat hati yang mengutip RM29,698.50.

Berikut adalah senarai 10 filem Melayu paling gagal di pawagam 2014 :

1) Hantu Bukit Cina

Filem Hantu Bukit Cina menampilkan barisan pelakon seperti Fouziah Gous, Siti Fazurina, Gambit dan Tunku Nor Hanis. Filem seram ini mula menemui penonton pada 6 Mac 2014 dan ditayangkan selama 14 hari di 55 pawagam. Hantu Bukit Cina hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM29,698.50 walaupun filem seram sentiasa mempunyai peminat tersendiri. Tidak pasti kenapa peminat filem seram tidak memberi sokongan kepada filem arahan TS Jeffrey ini. Hal ini menjadikan filem ‘Hantu Bukit Cina’ sebagai filem Melayu paling gagal 2014.

2) Super Squad the Movie

Biarpun ditayangkan pada musim cuti persekolahan, filem animasi ini tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Malah suara di sebalik setiap watak juga disumbangkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Diana Danielle dan Radhi Khalid. Filem animasi ini hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM30,984.00 setelah ditayangkan selama 14 hari di 41 pawagam seluruh Malaysia.

3. MTB – Misi Tawan Baby

Filem lakonan Kamal Adli dan Erin Malek ini hanya berjaya meraih RM48,999.80, tidak setanding dengan kos pembikinannya yang mencecah RM1.2 juta. Mula ditayangkan sejak 13 November lepas, filem genre komedi dan cinta ini menjadikan sukan basikal lasak sebagai penghubung cerita cinta antara watak Helmi dan Zana. Tidak pasti di mana silapnya sehingga filem ini tak meraih pulangan modal. Barangkali promosi untuk ‘Misi Tawan Baby’ tidak begitu meluas.

4. Muka Surat Cinta

Filem ini merupakan filem ke-88 terbitan MIG. Menampilkan barisan pelakon seperti Mikail Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, dan Azwan Kombos, ‘Muka Surat Cinta’ hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM78,885. Dibandingkan dengan filem MIG yang lain seperti ‘Pengantin Malam’ yang berjaya mengutip RM1,694,466.00, filem arahan Pierre Andre ini boleh dikatakan filem MIG paling gagal. ‘Muka Surat Cinta’ mula ditayangkan pada 16 Januari 2014 dan berada di 45 pawagam seluruh negara selama 13 hari.

5. Sniper

Filem aksi arahan Pierre Andre ini hanya berjaya meraih RM129,039.00 setelah 14 hari tayangan di 58 pawagam seluruh negara. Menampilkan barisan pelakon baru seperti Fadlan Hazim, Mikael Andre, Pablo Amir dan Nina Iskandar, filem ini seakan-akan meniru filem antarabangsa, ‘Gamer’ arahan Mark Neveldine dan Brian Taylor. Mungkin tak sama 100 peratus, namun konsep seseorang mengawal orang lain untuk membunuh sesama sendiri dalam permainan yang diciptanya masih sama. Barisan pelakon baru juga agak kaku dalam menjayakan watak masing-masing. Barangkali ini alasan kenapa ‘Sniper’ tersenarai dalam salah satu filem Melayu paling gagal 2014.

Berdasarkan kepada maklumat diatas, terdapat 2 filem arahan Pierre Andre yang tersenarai. Nampaknya filem arahan beliau gagal menarik penonton. Tidak pasti apakah puncanya. Berdasarkan sumber FINAS juga, ada satu lagi filem beliau yang mendapat kutipan rendah iaitu JIN yang hanya mengutip RM223,466.50.

Sebagai tambahan, ini pula adalah senarai kutipan filem yang berada di kedudukan ke 5 hingga ke 10 untuk kutipan terendah sepanjang tahun 2014. Ia adalah filem 6 – Pintu Neraka (RM138,207.50), 7 – Fobia Malam Pertama (RM138,523.00), 8 – Lelaki Harapan Dunia (RM149,639.50), 9 – Laga (RM158,674.88) dan 10 – Awak Nak Kahwin Dengan Saya? (RM220,890.38).

Baca : Wawa Zainal hasilkan jenama pakaian sendiri 

Sumber : ammboi.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →