Wednesday, December 3, 2014

Syafie kesal pengarah ambil pelakon berdasarkan rupa paras

Pelakon popular Syafie Naswip menyuarakan rasa kesalnya terhadap sesetengah pengarah dan penerbit yang mengambil pelakon berlakon berdasarkan rupa paras dan bukannya bakat.


Syafie kesal pengarah ambil pelakon berdasarkan rupa paras, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, syafie naswip,

"Sekarang ini kalau pelakon itu 'free', pengarah atau penerbit akan ambil sahaja mereka berlakon tanpa melihat karakter itu sesuai atau tidak dengan pelakon itu.

"Kalau saya nak cakap lebih pun tidak boleh juga kerana itu adalah rezeki masing-masing. Apa yang peting sekarang adalah jujur untuk melakukan yang terbaik untuk industri kita.

"Jangan peduli kata orang dan kita seharusnya ukur hasil kerja dengan bakat," katanya yang dipetik dari Media Hiburan.

Dalam pada itu, Syafie yang diminta mengulas mengenai ramai yang masih menganggap dirinya sebagai pelakon kanak-kanak berkata dia tidak kisah dengan isu itu kerana dia mahu bakatnya diukur melalui watak yang dibawanya dan bukannya usia.

"Mungkin kerana rupa paras saya seperti budak-budak menyebabkan orang ramai masih melabelkan diri ini sebagai pelakon kanak-kanak. Tetapi saya tidak kisah pun mengenai hal itu.

"Setakat ini saya belum lagi menerima watak utama dan saya sedar belum lagi layak untuk sampai ke tahap itu.

"Saya masih lagi baru dan banyak lagi saya tak capai dalam watak-watak yang pernah saya bawa."

Dalam perkembangan lain, Syafie bakal tampil dengan filem terbarunya "Rentap" dan juga drama terbaru arahan Jehan Miskin "Seludup".

Baca : Dafi sahkan bakal ikat kontrak bersama Ahmad Dhani  


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →