Setelah banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati dengan lenggok jalan cerita Lelaki Harapan Dunia yang didakwa mempunyai elemen memperlekehkan masyarakat Melayu dan Islam, kini ia dinilai sekali lagi oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Melalui laman sosial Facebook, Pengarahnya, Liew Seng Tat memaklumkan bahawa filem tersebut berkemungkinan berdepan penarikan semula dari ditayang di pawagam.
Tulisnya, “Sila menonton filem tersebut dengan kadar segera jika masih belum kerana saya pun tak pasti apa yang bakal menimpa filem tersebut. Larangan penayangan filem tersebut bakal menjadi sesuatu yang diluar dugaan. Saya mengharapkan kewarasan akal akan berjaya pada penghujungnya.”
Filem yang mula ditayangkan pada 27 November lalu mula mendapat kritikan terutama dari penggiat industri sendiri, antaranya sutradara Ahmad Idham dan Khir Rahman.

Menurut Ahmad Idham, filem tersebut menyindir kaum Melayu, manakala Khir Rahman pula berkata, ada babak yang ditonjolkan seperti cuba menyentuh sensitiviti agama Islam.
Namun pengarahnya menafikan perkara tersebut dengan berkata, babak dan kiasa yang ditampilkan dalam filem tersebut bersifat subjektif.
Lelaki Harapan Dunia dibintangi pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Azhan Rani, Harun Salim Bachik dan Jalil Hamid.
Sumber : mynewshub.cc