Showing posts with label Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?. Show all posts
Showing posts with label Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?

Setelah banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati dengan lenggok jalan cerita Lelaki Harapan Dunia yang didakwa mempunyai elemen memperlekehkan masyarakat Melayu dan Islam, kini ia dinilai sekali lagi oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).


Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?, info, terkini, hiburan, filem, gosip, kontroversi, Liew Seng Tat

Melalui laman sosial Facebook, Pengarahnya, Liew Seng Tat memaklumkan bahawa filem tersebut berkemungkinan berdepan penarikan semula dari ditayang di pawagam.

Tulisnya, “Sila menonton filem tersebut dengan kadar segera jika masih belum kerana saya pun tak pasti apa yang bakal menimpa filem tersebut. Larangan penayangan filem tersebut bakal menjadi sesuatu yang diluar dugaan. Saya mengharapkan kewarasan akal akan berjaya pada penghujungnya.”

Filem yang mula ditayangkan pada 27 November lalu mula mendapat kritikan terutama dari penggiat industri sendiri, antaranya sutradara Ahmad Idham dan Khir Rahman.


Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?, info, terkini, hiburan, filem, gosip, kontroversi, Liew Seng Tat


Menurut Ahmad Idham, filem tersebut menyindir kaum Melayu, manakala Khir Rahman pula berkata, ada babak yang ditonjolkan seperti cuba menyentuh sensitiviti agama Islam.


Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?, info, terkini, hiburan, filem, gosip, kontroversi, Liew Seng Tat


Namun pengarahnya menafikan perkara tersebut dengan berkata, babak dan kiasa yang ditampilkan dalam filem tersebut bersifat subjektif.

Lelaki Harapan Dunia dibintangi pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Azhan Rani, Harun Salim Bachik dan Jalil Hamid.


Tayangan Lelaki Harapan Dunia Ditarik Balik?, info, terkini, hiburan, filem, gosip, kontroversi, Liew Seng Tat
 


Baca : Amy Search Buat Keputusan Tukar Protege Mentor Legend  

Sumber : mynewshub.cc


 photo good_zps9ceffaa5.gif