Sunday, January 4, 2015

3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang Gegar Vaganza

Selamat pagi Isnin semua! Korang tengok tak pentas akhir Gegar Vaganza malam tadi? Puas hati tak dengan keputusannya?


3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,

Pada yang masih ketinggalan, buat julung kalinya, Ayai Ilusi telah diangkat sebagai juara Gegar Vaganza musim pertama. Tahniah kami ucapkan!

Namun, sepanjang konsert berlangsung, ada beberapa perkara jelik yang berlaku tau. Nak tahu apa, kenalah baca lagi.

1. Tayangan Tergendala Kerana Sound System

3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,


Sebenarnya, kami memang ternanti-nanti persembahan pembukaan yang dimulakan dengan Ifa Raziah. Bukan apa, kami dengar Ifa bakal menampilkan persembahan yang mantap.

Tapi, baru je nak mula persembahan, tiba-tiba muzik berhenti. Terus tak ada suara yang kedengaran. Bukan sekali, tapi dua kali persembahan Ifa Raziah terbantut. Kesian pun ada!
3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,



2. Ifa Raziah Dipeluk Hisyam Hamid

3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,

Panas! Panas! Bukan kami je yang tercengang saat melihat ‘pasangan’ ini berpelukan. Juri pun tak senang duduk dibuatnya.

Apabila kami intai laman Twitter, ramai juga yang meluahkan rasa tak puas hati dengan Ifa. Maklumlah, kata orang, rancangan #GegarVaganza ini ditonton segenap lapisan masyarakat. Jadi, kenalah kurangkan elemen-elemen tak manis begitu.
3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,

3. Lamaran Hairul Azreen Kepada Hanis Zalikha Ada Unsur Iliminati?

3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,


Ini yang paling epik. Patutlah kami jadi pelik kenapa kumpulan Kristal menyanyikan lagu Marry You. Rupa-rupaya Hairul Azreen nak lamar Hanis Zalikha.

Persoalannya, kenapa lamar dipentas Gegar Vaganza? Ramai yang kurang senang dengan aksi so-sweet ni. Ada juga Tweet sinikal yang mengatakan lamaran ini berunsur Iluminati.

3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang GegarVaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gegar vaganza,


Namun, secara jujurnya, kami rasakan konsert final malam tadi memuaskan. Paling Win sekali persembahan Haleeda yang sememangnya superb setiap minggu.

Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Rasa-rasa korang nak tengok GegarVaganza musim ke-2 pula tak?

Baca : Wak Doyok Jual Krim Jambang Ke Jual Bulu? 

Sumber : ohbulan.com



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →