Okey, kami faham ada di antara korang yang meluat kalau keluarkan apa-apa kisah pasal Wak Doyok. Sebab, entah dari mana-mana dia tiba-tiba famous ekk?
Nak buat macam mana, dah rezeki dia. Hanya disebabkan sering mengayakan street style British dan kebetulan pula dia sememangnya pengamal fesyen Mods, so secara tak langsung dia telah membuka mata orang-orang di dalam industri fesyen dan hiburan tempatam untuk menampilkan dia dalam beberapa acara.
Secara tidak langsung juga, sama ada korang suka tak suka, korang terpaksa jugak mengikuti perkembangan Wak Doyok dari masa ke semasa menerusi media online, cetak mahu pun elektronik kerana dia sudah pun terlibat secara serius dan secara langsung dalam industri hiburan dan fesyen tempatan.
Apapun, korang pasti dah tahu yang Wak Doyok sudah pun lancarkan produk Krim Jambang sejak November lalu. Tak pastilah bagaimana respon peminat terhadap krim tersebut. Tapi, diberitahu ramai juga yang mahu dapatkan krim jambang tersebut.
Tak hairanlah mengapa Wak Doyok sanggup turun padang untuk promote dan jual sendiri krim jambangnya tidak kira di mana pun dia pergi.
Apa yang menariknya, Wak Doyok sendiri telah mengakui bahawa krim tersebut bukan saja boleh melebatkan jambang, misai atau janggut tetapi juga beberapa bahagian lain termasuklah kening, bulu dada, bulu ketiak serta rambut.
Kalau sampai macam itu sekalilah kehebatan Krim Jambang Wak Doyok, Kami cadangkan elok saja produk ditukar namanya kepada Krim Bulu (err...Wak Doyok). Betul tak wahai pembaca Murai semua?
Baca : Salman Khan Bikin Pesawat Sri Lanka Tunda Penerbangannya?

Sumber : murai.com.my