Sunday, January 4, 2015

Salman Khan Bikin Pesawat Sri Lanka Tunda Penerbangannya?

Salman Khan adalah Salman Khan. Ada saja hal yang dilakukannya termasuklah perangai divanya sehingga mengundang kontroversi ramai.


Salman Khan, info, terkini, hiburan, bollywood

Terbaru, Salman Khan dikatakan sebagai penyebab pesawat Sri Lanka menunda penerbangannya sehingga mendatangkan resah dan marah di kalangan penumpang lain.

Kisahnya begini, Salman yang sebelum ini berada di Sri Lanka kerana mengendalikan kem mata, bercadang untuk pulang semula ke Mumbai.

"Pesawat UL141 milik syarikat penerbangan Sri Lanka yang bertolak dari Colombo pada 29 Disember 2014, dijadualkan berlepas pada jam 11.40 malam.

"Tiba-tiba, muncul satu pengumuman yang mengatakan ada sedikit kelewatan untuk berlepas kerana pesawat berdepan dengan masalah teknikal.

"Selepas hampir setengah jam, Salman Khan beserta pengawal peribadinya, Shera berada di dalam pesawat itu. Jadi, kami semua berpendapat pesawat tersebut lewat berlepas adalah disebabkan Salman Khan dan bukan masalah teknikal sepertimana yang diuar-uarkan," kata satu sumber yang tidak ingin namanya didedahkan.


Disebabkan perihal tersebut juga, segelintir penumpang telah menyarankan rasa tidak puas hati mereka kepada anak-anak kapal.

"Rata-rata tidak puas hati dan tertanya-tanya mengapa layanan khas tersebut diberikan kepada Salman sedangkan ianya menyusahkan penumpang lain, lebih-lebih lagi apabila masa mereka terbuang begitu saja dengan menunggu.

"Bukan setakat itu saja, sebagai saja pesawat tersebut tiba dengan selamat di Mumbai pada pagi 30 Disember, Salman telah diberikan akses VIP untuk keluar daripada kapal itu dengan segera, sebelum ia sempat sampai ke kawasan bangsal kapal," kata sumber itu lagi.

Baca : Fouziah Gous Teruja Mengacarakan Nona Secara Solo 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →