Monday, January 19, 2015

Caliph Buskers tolak tawaran bernaung di bawah KRU

Setelah berjaya membuat penonton terpukau dengan persembahan mereka ketika beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bersama kumpulan Mojo, Caliph Buskers telah ditawarkan kontrak untuk bernaung dibawah KRU Studios.


Punca Caliph Buskers Tolak Tawaran KRU - Namun, salah seorang ahli kumpulan Caliph Buskers, Zaki berkata, mereka terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mereka mempunyai perkerjaan lain dan hanya busking untuk mengisi masa lapang sahaja.


Caliph Buskers tolak tawaran bernaung di bawah KRU, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, caliph buskers, KRU

"Kami akan terus busking seperti biasa. Alhamdulillah, jika pihak KRU mahu mengambil kami sebagai artis mereka kami rasa kami tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai pekerjaan lain.

"Busking sekadar mencari pendapatan sampingan dan berkongsi bakat kami pada umum," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Zaki, 36, berkata peluang yang diberi kepada mereka untuk beraksi di pentas AJL adalah satu platform untuk mereka mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap pemuzik jalanan sebagai peminta sedekah.

"Pandangan sesetengah masyarakat terhadap orang celik dan buta berbeza. Apabila kami busking ada yang anggap kami ini peminta sedekat tetapi kami bersyukur selepas ditawarkan lesen oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk terus buat persembahan."

Tambah Zaki lagi, mereka mahu bersaing secara sihat dengan busker lain dan mahu masyarakat menilai muzik mereka seperti muzik-muzik orang celik.

"Kami mahu masyarakat menilai muzik kami seperti mana mereka menilai muzik orang-orang celik. Bukan saja kami tetapi mungkin bakat golongan OKU lain."


Bagi sesiapa yang ingin melihat mereka membuat persembahan lagi, mereka sering membuat persembahan di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad dari jam 12 tengahari sehingga 3 petang, manakala setiap Ahad di Avenue K dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →