Wah, bukan main lagi pasangan bahagia Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin bersama anak mereka, Aaisyah Dhia Rana menyambut ketibaan Tahun Baru 2015.
Menerusi Instagram pasangan suami isteri ini, kelihatan mereka telah menyambut Tahun Baru di London,UK seterusnya ke ibu negara Belanda, Amsterdam serta ibu negara Perancis, kota Paris.
Malah menerusi sebuah foto yang dimuatnaik oleh Zain, kelihatan foto mereka bersama “Baby of The Year” pilihan Murai, Aaisyah dihadapan Eiffel Tower yang gah itu.
Memang pasangan ini sedang bercuti di Eropah dan London telah menjadi destinasi awal mereka sebelum ke Amsterdam dan Paris ini.
Cemburu pulak hati ni, yelah niat dihati memang dah lama sangat nak jejak kaki ke kota Amsterdam dan kota cinta Paris tu. Tapi apakan daya, rezeki dan masalah kewangan masih melanda.
Sumber : murai.com.my