Friday, January 2, 2015

Masalah Uri, Nurul Depp Berkemungkinan Terpaksa Bersalin Awal

Penyanyi Nurul Wahab berkata dia berkemungkinan terpaksa bersalin lebih awal dari waktu jangkaan sebenar berikutan masalah uri yang dialaminya.


Masalah Uri, Nurul Depp Berkemungkinan Terpaksa Bersalin Awal, info, terkini, hiburan, nurul depp,

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata perkara tersebut berlaku selepas dia disahkan mengalami placenta previa atau uri berada di bawah sehingga terpaksa dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court, Rabu lalu.

Ini adalah anak kedua Nurul bersama suaminya Eric Depp selepas melahirkan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, setahun yang lalu.

Menurut Nurul, dia telah mengalami pendarahan yang banyak pada pagi Rabu lalu dan suaminya terus membawanya ke hospital. Menerusi rawatan awal, doktor telah mengesahkan yang uri Nurul berada di bahagian bawah.

Kandungan Nurul ketika ini sudah pun memasuki lapan bulan dan jika keadaan uri masih tidak bergerak, dia dijangka akan bersalin bulan ini juga secara pembedahan. Buat masa ini Nurul masih dalam pemerhatian doktor selama 48 jam

Dalam pada itu, Nurul berkata, kandungannya berada dalam keadaan selamat dan sihat, namun dia tidak dibenarkan untuk terlalu banyak bergerak.

"Alhamdulillah, bayi sihat ketika sampai sahaja di sini, doktor terus memeriksa keadaan bayi dan kadar degupan jantungnya.

"Buat masa ini saya tidak dibenarkan angkat benda berat termasuk mendukung anak saya Zachary yang kini 11 kilogram, selain itu saya tidak dibenarkan bergerak aktif kecuali ke tandas sahaja," katanya.

Jelasnya, doktor akan membuat pemeriksaan semula dalam dua minggu lagi bagi memastikan keputusan untuk bersalin secara normal atau pembedahan.

Sementara itu, Nurul menjelaskan placenta previa merupakan keadaan yang boleh berlaku kepada sesiapa juga ibu mengandung tanpa sebarang sebab tertentu.

Nurul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai.

Baca : Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →