Saturday, January 3, 2015

Foto Maya Karin Bermain Ski Di Switzerland

Rasanya sudah lama tak dengar perkhabaran mengenai pelakon jelita bernama Maya Karin ini. Meskipun dilihat sepi seketika daripada produk baru di layar perak mahupun kaca televisyen, namun popularitinya masih hangat di kalangan peminat seni.

Dengar-dengarnya, heroin Ombak Rindu ini sedang seronok bercuti sekaligus meraikan tahun baru 2015 di negara Switzerland.

Bila sebut Switzerland sahaja, pasti ada yang mula membayangkan pemandangan indah gunung-ganang dilitupi salji tebal yang cukup sinonim dengan negara tersebut.

Tak hairanlah mengapa ianya jadi destinasi pilihan Maya Karin. Lihat sajalah aksi-aksinya bermain ski di Montreux.

Memang tak dapat dinafikan cantik sungguh pemandangan yang dinikmati Maya Karin ketika ini. Bukan main gembira lagi nampaknya melakukan aktiviti sukan ini, sambil ditemani rakan-rakan.

Kami yang melihat hanya mampu berangan-angan sajalah dulu untuk ke negara itu.

Foto Maya Karin Bermain Ski Di Switzerland, info, terkini, hiburan, sensasi, maya karin

Baca : Aksi Selena Gomez Dalam Masjid Dikecam 

Sumber : mynewshub.cc

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →