Saturday, January 3, 2015

Puisi Tahun Baru Izzue Islam Buat Isteri Tercinta

Cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh pelakon kacak Izzue Islam kepada pengurus merangkap  isterinya, Awin Nurin amat jelas di mata peminat setianya.

Puisi Tahun Baru Izzue Islam Buat Isteri Tercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, Izzue Islam, awin


Gelagat dan aksi mereka berdua juga dilihat ibarat belangkas yang seakan tak boleh berenggang sama sekali.

Terbaharu, Izzue Islam mencipta sejarah sebagai pelakon lelaki pertama mengenakan prinsip untuk tidak lagi melakukan adegan berpegangan tangan dengan mana-mana pelakon wanita demi menjaga statusnya sebagai seorang suami sekaligus menjaga hati isteri tersayang.

Jika difikirkan, tindakan Izzue memang ada baiknya.

Dalam pada itu kami cukup tertarik dengan ucapan romantis nukilan Izzue kepada isterinya sempena tahun baru yang dimuat naik di laman sosial Instagram.
 “Isteriku,
kita pejam mlm ini
ingat memori terindah “sebelum” ni
& simpan dalam hati.

Sebab,
besok bila kita bangun,
kita bangun dengan semangat baru
kita cipta kenangan baru yang takkan mereka faham.
Takpe,
biarkan mereka tak faham
Sebab memori ini hanya untuk
KITA”

Siapa sangka Izzue mampu menulis ayat sweet gila sebegitu kepada isteri tercinta kan?

Apa yang pasti, makna di sebalik ucapan ini hanya difahami oleh mereka berdua sahaja.

Kami doakan moga Izzue dan Awin bahagia selamanya.

Baca : Foto Maya Karin Bermain Ski Di Switzerland  

Sumber : mynewshub.cc

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →