Disebabkan kerana memakai pakaian ranggi rekaan Meg sewaktu di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan hebat dihentam sehari selepas acara itu berlangsung.
Motif rekaan pakaian yang mempunyai logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang dipakaikan itu disalah tafsir sehinggakan ada segelintir pihak yang menganggapnya ada kaitan dengan Illuminati.
Berkenaan dengan isu pakaian yang digayakan oleh artis tersebut, Asfan telah diugut bunuh dan bakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.
Berhubung dengan kes ugutan tersebut, Asfan telah membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang, Khamis yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatan dirinya.
“Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah datang.
“Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.
“Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.
“Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial,” katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.
Sumber : penmatapena.blogspot.com