Sunday, January 25, 2015

Fauziah Gambus Dedah Pernah Menyamar Jadi Lelaki

Penyanyi irama tradisional, Fauziah Gambus dedah dia pernah menyamar menjadi seorang lelaki ketika mula-mula hendak menceburkan diri dalam seni alat muzik, gambus.


Fauziah Gambus Dedah Pernah Menyamar Jadi Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fauziah Gambus

Fauziah Gambus atau nama sebenarnya Fauziah Suhaili, 26, berkata minat yang mendalam terhadap alat muzik gambus membuatkan dia sanggup membuat apa.

“Sebenarnya saya minat dengan alat muzik gambus ini sejak saya kecil lagi selepas atok saya sendiri pemain alat muzik tradisional ini. Namun saya tidak dibenarkan sentuh apatah lagi bermain dengan alat muzik ini oleh atok dan keluarga saya.

“Mungkin  mereka rasa perempuan tidak sesuai untuk bermain alat muzik ini kerana biasanya lelaki sahaja yang bermainnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus mendalami alat muzik ini.

“Saya dengan senyap-senyap bermain serta mempelajari alat muzik ini sendiri. Malah saya memberanikan diri untuk menyertai pertandingan alat muzik gambus ini dengan menyamar menjadi lelaki supaya saya tidak dikenali oleh atok dan keluarga saya.

“Tak sangka menerusi pertandingan itu saya menang dan atok saya mula sedar yang saya punya bakat untuk bermain alat muzik itu serta atok saya sendiri bangga dengan pencapaian saya. Selepas itu dan hingga kini dia terus menyokong minat saya,” katanya kepada murai.com.my.

Fauziah ditemui dalam sebuah majlis pelancaran album keduanya berjudul Fauziah Suhaili di  Tanjine Restoran, semalam.

Album tersebut memuatkan 11 buah lagu antaranya Kau Curangi Aku, Gilakan Kamu, Hanya Untuk Mu dan Jasa Pejuang.

Mengulas mengenai album terbarunya itu, Fauziah berkata, album itu merupakan percubaan pertamanya untuk bersaing dalam pasaran muzik tempatan.

“Saya tahu masyarakat terutama golongan muda sukar untuk menerima muzik tradisional dan disebabkan itu saya ambik keputusan mencipta lagu pelbagai rentak yang lebih moden dan bersesuaian dengan aliran muzik kini.

“Malah, saya selitkan elemen muzik gambus dalam setiap lagu tersebut supaya ia dapat diterima sebagai sebahagian alat muzik yang biasa digunakan,” ceritanya.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →