Tuesday, January 13, 2015

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah

Semalam merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2015.


Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, info, terkini, hiburan, sensasi, artis malaysia

Seronok lihat pelbagai gelagat kanak-kanak ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru.

Seperti biasa, bagi kanak –kanak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan datang berteman untuk mereka membiasakan diri.

Selebriti pun tidak ketinggalan mengambil kesempatan menghantar anak mereka ke sekolah pada hari pertama sekolah semalam.

Antaranya yang perasan semalam di laman sosial Instagram adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.


Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, info, terkini, hiburan, sensasi, artis malaysia

Selain itu, pelakon Nabila Huda pun kelihatan di Instagram turut memuat naik foto anaknya, Keisha dengan pakai sekolah pra sekolah. Comel je Keisha!


Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, info, terkini, hiburan, sensasi, artis malaysia

Seperti ibu-ibu kandung lain, Misha Omar juga lalui rutin yang sama untuk anak angkatnya. Difahamkan tahun ini merupakan tahun pertama anaknya itu disekolahkan di sekolah kebangsaan kerana sebelum ini dia hanya menghantar anaknya itu ke sekolah swasta.


Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, info, terkini, hiburan, sensasi, artis malaysia

Tidak ketinggalan Yatt Hamzah juga turut bekongsi foto menghantar anaknya yang seperti baru memasuki pra sekolah


Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, info, terkini, hiburan, sensasi, artis malaysia

Sementara itu, penyanyi Ismaliza AF7 juga turut berkongsi foto menghantar anak ekcilnya yang pertama kali memasuki sekolah darjah 1.


Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, info, terkini, hiburan, sensasi, artis malaysia

Seronok lihat gelagat anak dan ibu bapa selebriti ini menghantar anak ke sekolah.

Apa-apa pun kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada adik-adik selamat kembali ke sekolah!

Baca : Penyanyi Dayang Nurfaizah Disangka Ning Baizura 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →