Monday, January 5, 2015

Hanis Zalikha: Tindakan Hairul Azreen Itu Bagi Saya Sangat Sweet

Akui terkejut dengan tindakan Hairul Azreen yang telah melamarnya secara spontan menerusi konsert final Gegar Vaganza pada malam tadi, pelakon Hanis Zalikha bagaimanapun berpendapat bahawa apa dilakukan oleh Juara Fear Factor adalah sebagai sesuatu yang sangat sweet.

Hanis Zalikha: Tindakan Hairul Azreen Itu Bagi Saya Sangat Sweet, info, terkini, hiburan, sensasi, hairul azreen, hanis zalikha, kontroversi, gossip,

"Terus-terang, mula-mula saya terkejut juga bila dilamar sebegitu rupa. Lagipun saya ni perempuan. Jadi, mestilah saya rasa segan bila lamaran itu datang secara mengejut.

"Tapi, bila saya tengok VT yang dia sudah pun berjumpa dengan keluarga saya dan meminta restu daripada mereka, saya dapat lihat usahanya itu dan dia tidak membelakangi keluar dia mahu pun keluarga saya.

"Lagi satu bukan dia (Hairul) yang sarungkan cincin sebaliknya cincin bela rotan itu disarungkan oleh Jihan Musa (hos gegar Vaganza). Saya rasa apa yang Hairul lakukan itu sangat sweet," kata Hanis Zalikha.

Menurut Hanis Zalikha lagi, dia tidak menyangka sama sekali bahawa Hairul akan bertindak sedemikian.

"Saya memang tidak tahu-menahu pun tentang perancangannya untuk melamar saya. Dia cuma minta saya temankan dia sebab dia akan buat promo Fear Factor di Gegar Vaganza.

"Saya rasa macam pelik. Promo Fear Factor di Gegar Vaganza? Biar betul.. Kemudian bila dia dah naik pentas beraksi, saya telah diminta untuk standby melakukan promo. Bila naik atas pentas, barulah saya tahu bahawa Hairul mahu melamar saya.

"Sebetulnya, apa yang Hairul lakukan ini bukanlah satu lamaran yang sebenar tetapi bagi saya ia sekadar untuk mengumumkan kepada semua tentang status kami.

"Kerana walau apapun, dia (Hairul) tetap datang jumpa keluarga saya semula untuk melamar saya mengikut adat orang-orang kita," kata Hanis Zalikha lagi.

Sambung Hanis Zalikha, barangkali apa yang dilakukan oleh Hairul Azreen itu adalah berpunca daripada dirinya sendiri yang gemar berkongsi video-video tentang lamaran.

"Saya selaku katakan kepada Hairul, lelaki yang berani melamar seorang wanita di depan khalayak ramai adalah lelaki yang sangat jujur.

"Sebab, sebaik saja dia berbuat demikian, pasarannya akan merudum. Tapi, kalau dia benar-benar berbuat begitu, ertinya dia benar-benar serius mahukan wanita tersebut," katanya lagi.

Baca : Raja Azura Heroin Bomba Bantu Mangsa Banjir 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →