Beberapa jam lalu, akaun Youtube dengan nama Celebrate TV telah memuatnaik sebuah video menunjukkan suasana di sekitar kota romantis Paris bersama Hanis Zalikha & Hairul Azreen yang dipercayai sedang melakukan penggambaran pre-wedding mereka.
Dengan khabar angin sebelum ini yang mengatakan pasangan ini bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, video terbaru ini seakan mengiyakan andaian ramai yang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kini berada di Eropah untuk jayakan sesi fotografi mereka.
Walaupun wajah pasangan ini hanya muncul beberapa saat melalui video tersebut, para peminat boleh melihat yang mereka memang rancak ke sana sini menjalani penggambaran bersama krew termasuk menggunakan scooter, oh romantis.
Harapnya apabila pulang kelak mereka akan umumkan tarikh perkahwinan yang memang dinantikan para peminat. Mesti meriah majlisnya nanti.
Beberapa hari yang lalu, kita semua telah dikejutkan dengan kisah lamaran Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha yang telah dilakukan secara daring dan live menerusi konsert final Gegar Vaganza.
Susulan daripada itu, pelbagai respon telah diberikan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Hairul Azreen itu. Ada yang menganggap tindakan itu sebagai okey dan tidak kurang juga yang menganggap ianya sebagai suatu yang keterlaluan.
Apa yang menarik isu lamaran Hairul Azreen ini juga turut menarik perhatian Diva AA, Azwan Ali. Dalam akaun twitternya, Azwan Ali secara berani telah memuatnaik posting yang berbunyi: Slm. Melamar tetime live show? Murahnya nilai artis Malaysia! Not my level ya!
Sebuah posting lagi turut dimuatnaik oleh Azwan Ali: Slm. I dont give a shit any relations by my points? Melamar on stage live? Murahnya nilai artist! So? Kenyataan Azwan Ali itu nampaknya telah mendapat sokongan daripada banyak pihak yang turut menyatakan pandangan yang serupa.
Apapun, dah namanya Diva AA. So, memang dia (Azwan Ali) punya lesen besar nak melahar atau menghencap sesiapa. Jangan kata orang lain, sesiapa sahaja pun kena hencap dengan Diva AA secara depan-depan. Kau rasa?
Akui terkejut dengan tindakan Hairul Azreen yang telah melamarnya secara spontan menerusi konsert final Gegar Vaganza pada malam tadi, pelakon Hanis Zalikha bagaimanapun berpendapat bahawa apa dilakukan oleh Juara Fear Factor adalah sebagai sesuatu yang sangat sweet.
"Terus-terang, mula-mula saya terkejut juga bila dilamar sebegitu rupa. Lagipun saya ni perempuan. Jadi, mestilah saya rasa segan bila lamaran itu datang secara mengejut.
"Tapi, bila saya tengok VT yang dia sudah pun berjumpa dengan keluarga saya dan meminta restu daripada mereka, saya dapat lihat usahanya itu dan dia tidak membelakangi keluar dia mahu pun keluarga saya.
"Lagi satu bukan dia (Hairul) yang sarungkan cincin sebaliknya cincin bela rotan itu disarungkan oleh Jihan Musa (hos gegar Vaganza). Saya rasa apa yang Hairul lakukan itu sangat sweet," kata Hanis Zalikha.
Artikel Terdahulu :
Menurut Hanis Zalikha lagi, dia tidak menyangka sama sekali bahawa Hairul akan bertindak sedemikian.
"Saya memang tidak tahu-menahu pun tentang perancangannya untuk melamar saya. Dia cuma minta saya temankan dia sebab dia akan buat promo Fear Factor di Gegar Vaganza.
"Saya rasa macam pelik. Promo Fear Factor di Gegar Vaganza? Biar betul.. Kemudian bila dia dah naik pentas beraksi, saya telah diminta untuk standby melakukan promo. Bila naik atas pentas, barulah saya tahu bahawa Hairul mahu melamar saya.
"Sebetulnya, apa yang Hairul lakukan ini bukanlah satu lamaran yang sebenar tetapi bagi saya ia sekadar untuk mengumumkan kepada semua tentang status kami.
"Kerana walau apapun, dia (Hairul) tetap datang jumpa keluarga saya semula untuk melamar saya mengikut adat orang-orang kita," kata Hanis Zalikha lagi.
Sambung Hanis Zalikha, barangkali apa yang dilakukan oleh Hairul Azreen itu adalah berpunca daripada dirinya sendiri yang gemar berkongsi video-video tentang lamaran.
"Saya selaku katakan kepada Hairul, lelaki yang berani melamar seorang wanita di depan khalayak ramai adalah lelaki yang sangat jujur.
"Sebab, sebaik saja dia berbuat demikian, pasarannya akan merudum. Tapi, kalau dia benar-benar berbuat begitu, ertinya dia benar-benar serius mahukan wanita tersebut," katanya lagi.
Baca : Raja Azura Heroin Bomba Bantu Mangsa Banjir
Wow. Tak sangka lamaran Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha di konsert akhir Gegar Vaganza semalam menjadi topik hangat di media sosial. Kalau tak silap, aksi lamaran tersebut telah ‘trending worldwide’ di Twitter. Memang power!!! Secara jujur, memang romantik dan berani sungguh Hairul Azreen melamar kekasihnya di kala siaran langsung. Iyerlah kalau kena reject tak ke sedih? Nasib baiklah Hanis terima. Hehehe.
Sayangnya keromantikan yang ditunjukkan oleh Hairul Azreen ini telah mendapat kritikan hebat di laman-laman sosial. Banyak komen yang dikeluarkan menyatakan ‘kemeluatan’ mereka. Antara komen lain ialah ‘tak kena tempat nak propose’, ‘ini budaya omputih bukan budaya kita’ dan macam-macam lagilah. Malah ada yang kecewa kerana gimik ini menyebabkan mood mereka menonton aksi para peserta akhir Gegar Vaganza terganggu. Amtara komen-komen yang menarik untuk dibaca ialah:-