Tuesday, January 6, 2015

Punca Peminat Mahu Ewal Dan Nuha Berduet

Bintang Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Ewal yang juga anak kepada penyanyi rock, Mel Wings akui ramai peminat AF yang mahukan dia muncul dengan lagu duet bersama rakan seperjuangannya iaitu Nuha.

Ewal AF2014, Nuha AF2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Punca Peminat Mahu Ewal Dan Nuha Berduet

"Ya, saya tahu memang ramai peminat yang mahu saya berduet dengan Nuha. Kebanyakan mereka telah membuat permintaan tersebut menerusi sosial media.

"Sungguh saya sendiri tak sangka yang mereka mahu sangat saya berduet dengan Nuha. Saya okey saja. Saya rasa Nuha pun tidak kisah jika kami digandingkan bersama.

"Tapi, perkara ini adalah di luar bidang kuasa saya. Rasanya biarlah saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan Astro.

"Saya rasa mereka pun sudah maklum dengan hal ini. Jadi, biarlah mereka saja yang menentukannya," kata Ewal.

Menurut Ewal lagi, kebanyakan peminat mahu dia dengan Nuha berduet selepas melihat mereka digandingkan bersama sewaktu menyertai AF2014 dulu.

"Saya sendiri pun tak sangka yang mereka (peminat) sukakan duet kami itu," katanya lagi.

Baca : Zed Zaidi Tak Boleh Ditegur? 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →