Tuesday, January 6, 2015

Zed Zaidi Tak Boleh Ditegur?

Nampaknya kemelut yang melanda persatuan Seniman masih belum menemui titik noktah. Mana taknya, selepas Adlin Aman Ramli meluahkan kekesalan, beberapa AJK lagi tampil memberi kenyataan.

Zed Zaidi Tak Boleh Ditegur?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi Zed Ziadi, kemelut persatuan Seniman,

Menerusi laporan Kosmo!, AJK Seniman telah mengeluarkan kenyataan bertarikh  3 Januari 2015 bahawa pihak AJK tidak setuju dengan cara Zed yang mengeluarkan kenyataan seperti ‘AJK baharu Seniman hanya pandai cakap’ kerana ia memberi gambaran negatif terhadap AJK baru.

Hmm, bila kami baca keseluruhan komen Zed Zaidi, ada beberapa perkara yang dapat kami kenal pasti.


Pada firasat kamilah, Zed Zaidi merupakan seorang yang tak boleh ditegur. Seorang ketua yang baik akan berbincang dan menyelesaikan masalah bersama.

Zed Zaidi Tak Boleh Ditegur?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi Zed Ziadi, kemelut persatuan Seniman,

Malah, ada beberapa kenyataan Zed Zaidi yang kami rasa tak sepatutnya dikeluarkan. Dah kedengaran seperti diktator pula.

    Dalam persatuan, mereka harus ikut ketua. Jika tidak puas hati dengan hala tuju dan cara saya menguruskan persatuan, sila letak jawatan. Apa yang saya lihat mereka cuba pecah-belahkan perpaduan dalam pentadbiran tertinggi Seniman serta mewujudkan persatuan dalam persatuan

Dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua, tindakan melulu bukanlah satu keputusan yang bijak. Dalam situasi ini, Zed Zaidi seharusnya bertemu dua mata dengan Vanidah Imran.

Zed Zaidi Tak Boleh Ditegur?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi Zed Ziadi, kemelut persatuan Seniman,

Atau mungkin perlu berbincang dengan ahli terlebih dahulu supaya persatuan akan terpelihara dari anasir negatif yang boleh menjatuhkan Seniman.

Bagi kami, perasaan hormat itu akan lahir sendiri sekiranya seorang ketua menunjukkan kredibilitinya sebagai pemimpin. Betul tak?

Kami pun terkejut dengan kenyataan Zed Zaidi ini. Tapi apa boleh buat, ini pendirian dia.

    Saya tidak tahu apa yang mereka cuba lakukan kerana setahu saya Seniman tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan tindakan mereka itu sudah melanggar etika persatuan kerana mereka sudah menandatangani surat aku janji untuk taat setia kepada presiden dan persatuan. Sepatutnya mereka menghormati saya sebagai presiden dan menghormati jawatan mereka sebagai AJK.

Baca : Saksi Sahkan Surat Nikah Penyanyi Awie Adalah Dokumen Palsu  

Sumber : ohbulan.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →