Wednesday, January 21, 2015

Komen Nelydia Senrose Isu Kahwin

Biasanya kalau dah lama bercinta pasti ada niat untuk mempunyai ikatan yang sah tetapi berlainan pula dengan pelakon Nelydia Senrose yang tidak mahu tergesa-gesa tentang kahwin. Semua pihak telah mengetahui yang Nelydia Senrose dan Qi Razali sedang hangat bercinta lebih-lebih lagi selepas gosip ‘Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bercuti Bersama Di Krabi‘ tersebar di media massa.


Komen Nelydia Senrose Isu Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Nelydia Senrose, Qi Razali

Nelydia Senrose yang kini berusia 21 tahun lebih suka jika kisah cinta dikongsi oleh teman lelakinya sendiri kerana baginya tidak elok sekiranya perempuan yang bercerita macam-macam mengenai hala tuju hubungan mereka. Malah dirinya juga tidak mahu bercerita tentang kahwin sepenuhnya sebaliknya diserahkan semuanya pada Qi Razali.


Komen Nelydia Senrose Isu Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Nelydia Senrose, Qi Razali

Nelydia Senrose akui keluarganya tidak pernah mendesak untuk mereka berkahwin cepat-cepat. Malah, kedua-dua keluarga merestui hubungan ini dan sentiasa menyokong hubungan mereka. Disebabkan kesibukan dengan jadual seni yang padat Nelydia Senrose tidak ada meletakkan sebarang jangka masa untuk berkahwin kerana sepanjang tempoh dua tahun mereka banyak melalui fasa yang mematangkan antra satu sama lain.


Komen Nelydia Senrose Isu Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Nelydia Senrose, Qi Razali

Kalau ada lampu hijau daripada keluarga, saya pasti akan kongsikan dengan semua orang. Saya tidak mahu membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan kerana amat penting untuk sesebuah hubungan itu mendapat restu daripada kedua-dua orang tua.

Rasanya Nelydia Senrose dan Qi Razali perlu percepatkan perkahwinan, lagipun tidak elok tungu lama-lama nanti lain pula jadinya. Tak gituh? ‘Gambar Pre Wedding Nelydia Senrose Dan Qi Razali‘ pasti menjadi kenyataan suatu hari nanti. Comel je!

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →