Selebriti terkenal yang boleh dikatakan baru memeluk Islam Ramadhan tahun lepas. Berita Felixia Yeap atau namanya selepas memeluk Islam iaitu Raisyyah Rania Yeap sememangnya suatu berita yang sangat menggembirakan.
Pelbagai usaha dan perubahan telah Raisyyah Rania usahakan setelah memeluk Islam. Kalau dulu kita lihat penampilannya agak sek$i namun kini setelah memeluk Islam auratnya lebih terjaga dengan bertutup sopan gitu. Hati mana tak sejuk tengok Raisyyah Rania atau lebih mesra dengan panggilan Rara ni. Berebut lelaki kat luar sana nak memperisterikan Rara kan. Hehehe.
Dalam usahanya untuk menjadi muslimah di sisi Allah, pelbagai ujian dan cubaan terpaksa dihadapinya seperti kritikan dan teguran yang melampau terhadapnya, “Felixia dikecam di Laman Instagram“, “Kesian Felixia Yeap Dikritik Lagi Kerana Isu Halal“, dan “Luahan Hati Felixia Yeap Isu Nama Baru“. Kesian kan tapi beruntung juga sebab hanya orang-orang tertentu sahaja dipilih Allah dengan ujian-ujian untuk menyedarkan diri dari kesilapan lampau.

Raisyyah Rania, duta tudung jenama Neng Geulis |
Rara turut mengakui banyak tawaran berlakon yang diperolehnya terpaksa ditolak bukan kerana demand atau memilih namun hakikatnya dia terpaksa memilih watak yang bakal dilakonkannya bersesuaian dengan imej dirinya yang kini sudah memeluk Islam. Kalau boleh, Rara memilih watak yang tidak memerlukan adegan bersentuhan dengan mana-mana lelaki.
“Semenjak saya mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam secara rasmi tahun lalu, saya sudah menolak beberapa tawaran berlakon.
“Ia atas sebab saya sendiri yang berkeras tidak mahu melakonkan watak yang memerlukan saya bersentuhan dengan lelaki.
“Malah saya juga tidak ingin penerbit dan pengarah serba salah dalam menjalankan tugas-tugas mereka menyempurnakan kerja disebabkan prinsip saya,” kata pelakon Nikah Kita Bercinta ini.
Menurutnya juga, dia lebih gemar dan cenderung ke arah karya yang boleh membuka mata serta memberi kesedaran agama kepada penonton.
“Saya memang tertarik dengan karya yang boleh memupuk keharmonian antara semua bangsa walaupun berbeza agama dan saya juga ingin cuba karya yang lebih ringan.
“Contohnya seperti filem, Matahari Terbit Lagi. Ketika menonton filem ini bersama ibu, saya dapat menjelaskan mengenai agama Islam kepadanya perlahan-lahan,” katanya.
Insha-Allah Rara, jangan risau akan rezeki Allah, Dia Maha Mengetahui dan Maha Pemurah. Akan ada rezekiNya di mana-mana, yang penting Rara jangan cepat putus asa mencari keredhaanNya. Doa merupakan senjata kita sebagai hamba Allah. Semoga Rara terus tabah dan sentiasa dilindungi olehNya.
Sumber : gosipmalaysia.com