Kekeliruan penonton mengenai lampu candelier yang disangka jatuh ketika persembahan Indah Ruhaila menerusi lagu Percayalah di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada Ahad lalu hanyalah gimik pada saat-saat akhir.
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, perkara tersebut merupakan perancangan pihak produksi bagi memberi kesan terhadap persembahan tersebut.
Lampu candelier terjatuh itu hanyalah gimik semata-mata, saya pun diberitahu oleh pihak produksi pada saat-sat akhir sebelum membuat persembahan kerana ketika sesi latihan tiada apa-apa berlaku.
"Nasib baik jugalah mereka beritahu, kalau tidak sudah tentu saya akan melatah kerana terkejut. Namun sepanjang persembahan itu saya tertunggu-tunggu bilalah lampu itu akan jatuh," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Lampu candelier yang jatuh ketika persembahan adalah gimik saat-saat akhir. Gambar: tonton.com.my
Bagaimanapun, Indah berkata, gimik tersebut tidak menjejaskan fokusnya ketika menyanyikan lagu Percayalah pada malam tersebut.
Dalam pada itu, Indah bersyukur dapat memberikan persembahan yang memuaskan biarpun tidak memenangi sebarang kategori pada malam AJL29.
Dia juga menjadikan pertandingan berprestij tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam industri hiburan tanah air.
"Alhamdulillah, biarpun tidak menang tetapi saya rasa puas kerana berpeluang untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air.
"AJL29 merupakan salah satu proses pembelajaran kepada saya untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang," ujarnya.
Ketika diminta mengulas tentang vokalnya pada malam tersebut diberi pujian oleh pihak juri, Indah menganggap ia sebagai sebuah penghargaan tinggi buat dirinya.
Jelasnya, sebagai artis baharu dia membuat persiapan iaitu dengan mengambil kelas vokal sebulan sebelum pertandingan berlangsung.
"Saya terharu dan menganggap ia sebagai satu penghargaan terhadap artis baru macam saya. Namun saya akui ada mengambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi sebulan sebelum pertandingan.
"Alhamdulillah banyak bahagian dalam lagu tersebut yang saya ubah pada malam AJL29 lalu," katanya.
Sumber : mstar.com.my