Showing posts with label Indah Ruhaila. Show all posts
Showing posts with label Indah Ruhaila. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Indah Ruhaila Penyanyi Underdog Semakin Digilai

Penyanyi dan bintang AF 2014 Indah Ruhaila nyata terkejut dengan penerimaan orang ramai sejak kebelakangan ini dan sering menjadi perhatian umum.


Indah Ruhaila Penyanyi Underdog Semakin Digilai, info, terkini, hiburan, sensasi, Indah Ruhaila, gosip,


Walaupun telah bergelar artis rakaman sewaktu ketika dahulu, namun populariti kian melonjak setelah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 29 baru-baru ini.

“Alhamdulilah, berkat kesabaran saya selama ini berbaloi, bagi saya untuk menjadi penyanyi tak boleh putus asa dan sentiasa bekerja keras demi minat dan keinginan yang ingin dicapai.

“Menjadi finalis untuk AJL adalah bonus buat saya, tak menyangka impaknya sangat besar kepada kerjaya saya sebagai seorang penyanyi walaupun tidak menjulang apa-apa piala kemenangan,” kata. 

Indah Ruhaila yang dihubungi turut menjelaskan untuk mengekalkan momentum ini, dia harus mempunyai ‘material’ yang bagus seperti lagunya iaitu Percayalah.

“Kalau saya ingin terus diingati dan dikenali dalam industri ini, saya perlu ada lagu sebagus Percayalah, atau lebih bagus daripada lagu itu. Keunikan dan kualiti sesuatu lagu amat penting buat penyanyi untuk meletakkan namanya di tahap yang lebih baik serta bersaing secara sihat,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai komen Azmeer baru-baru ini mengenai vokal terbaik dalam AJL 29, Indah boleh menjulang piala itu sekiranya Dayang Nurfaizah tidak menjadi finalis.

“Saya hargai dan amat berbangga menerima komen yang positif daripada Azmeer, namun perjalanan karier saya masih jauh, nasihat yang diberikan oleh Azmeer akan dijadikan kayu pengukur kepada diri saya untuk tingkatkan lagi kualiti persembahan terutama vokal,” seloroh Indah.

Dalam perkembangan lain, Indah kini sedang sibuk menerima jemputan dan undangan nyanyian di majlis-majlis korporat serta pihak pengurusan Indah sedang mengenal pasti lagu yang sesuai untuk untuk dirakamkan selewat-lewatnya tahun ini.

Sumber : murai.com.my

Tuesday, January 20, 2015

Lampu Candelier Jatuh Gimik Saat-Saat Akhir - Indah Ruhaila

Kekeliruan penonton mengenai lampu candelier yang disangka jatuh ketika persembahan Indah Ruhaila menerusi lagu Percayalah di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada Ahad lalu hanyalah gimik pada saat-saat akhir.


Lampu Candelier Jatuh Gimik Saat-Saat Akhir - Indah Ruhaila, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, AJL29, Indah Ruhaila

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, perkara tersebut merupakan perancangan pihak produksi bagi memberi kesan terhadap persembahan tersebut.

Lampu candelier terjatuh itu hanyalah gimik semata-mata, saya pun diberitahu oleh pihak produksi pada saat-sat akhir sebelum membuat persembahan kerana ketika sesi latihan tiada apa-apa berlaku.

"Nasib baik jugalah mereka beritahu, kalau tidak sudah tentu saya akan melatah kerana terkejut. Namun sepanjang persembahan itu saya tertunggu-tunggu bilalah lampu itu akan jatuh," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Lampu Candelier Jatuh Gimik Saat-Saat Akhir - Indah Ruhaila, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, AJL29, Indah Ruhaila

Lampu candelier yang jatuh ketika persembahan adalah gimik saat-saat akhir. Gambar: tonton.com.my

Bagaimanapun, Indah berkata, gimik tersebut tidak menjejaskan fokusnya ketika menyanyikan lagu Percayalah pada malam tersebut.

Dalam pada itu, Indah bersyukur dapat memberikan persembahan yang memuaskan biarpun tidak memenangi sebarang kategori pada malam AJL29.

Dia juga menjadikan pertandingan berprestij tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam industri hiburan tanah air.

"Alhamdulillah, biarpun tidak menang tetapi saya rasa puas kerana berpeluang untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air.

"AJL29 merupakan salah satu proses pembelajaran kepada saya untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang," ujarnya.

Ketika diminta mengulas tentang vokalnya pada malam tersebut diberi pujian oleh pihak juri, Indah menganggap ia sebagai sebuah penghargaan tinggi buat dirinya.

Jelasnya, sebagai artis baharu dia membuat persiapan iaitu dengan mengambil kelas vokal sebulan sebelum pertandingan berlangsung.

"Saya terharu dan menganggap ia sebagai satu penghargaan terhadap artis baru macam saya. Namun saya akui ada mengambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi sebulan sebelum pertandingan.

"Alhamdulillah banyak bahagian dalam lagu tersebut yang saya ubah pada malam AJL29 lalu," katanya.

Sumber : mstar.com.my