Friday, January 2, 2015

Lufya dan kerabat diraja Sukar Dipisahkan?

Aktres jelita Lufya akui rimas apabila sering diminta mengulas khabar angin yang mengatakan menjalin hubungan dengan seorang jejaka dari kerabat diraja.

Lufya dan kerabat diraja Sukar Dipisahkan?, info, terkini, hiburan, pelakon jelita, Lufya, sensasi, gossip

"Tolong jangan kaitkan saya dengan benda-benda macam-macam ini. Saya tak nak terbabit dengan mana-mana kerabat.

"Saya seorang wanita yang ringkas dan mudah bergaul dengan sesiapa saja. Tak kiralah apa juga status atau latar belakang seseorang lelaki itu. Prinsip saya dari dulu lagi, berkawan biarlah beribu, tetapi cinta biar satu," katanya kepada Harian Metro.

Jelas aktres berusia 30 tahun itu lagi, dia masih lagi solo dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini.

"Berhentilah mengaitkan saya dengan golongan itu."

Terdahulu, Lufya pernah tampil memberi kenyataan memberitahu bahawa persahabatannya dengan seorang jejaka dari kerabat diraja musnah apabila kontroversi yang mengaitkannya dengan jejaka itu menjadi bualan ramai.

Dalam pada itu, Lufya berkata dah sudah bosan dan serik dan mahu hidup bebas dari sebarang kontroversi yang mengaitkannya.

Baca : Foto Pertama Eina Azman Nampak Baby Bump 

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →