Monday, January 19, 2015

MLM 2014: Persembahan Shiro Umpama Sindiran Kepada Peminat K-Pop

Maharajalawak Mega 2014 (MLM 2014) minggu lalu nyata tidak menghampakan terutama persembahan Shiro dan juga Sepahtu.


MLM 2014: Persembahan Shiro Umpama Sindirin Kepada Peminat K-Pop, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shiro, MLM2014

Persembahan mereka nyata membuahkan hasil dan penonton di auditorium mahupun di rumah tidak kering gusi dibuatnya.

Tema yang diberikan oleh produksi telah digalas dengan penuh dedikasi iaitu Tema Radio dan Trend Terkini. Persembahan Shiro semasa slot trend terkini, mereka memfokuskan kepada isu k-pop.

MLM 2014: Persembahan Shiro Umpama Sindirin Kepada Peminat K-Pop, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shiro, MLM2014

Shiro seakan-akan menyindir peminat K-Pop yang terlalu taksub dan tidak boleh ditegur, walaupun dalam versi lawak nyata mesej yang disampaikan oleh mereka boleh difahami dengan jelas.

Untuk slot radio, Shiro menjadikan juri sebagai bahan usikan boleh dikatakan menjadi kerana mereka telah ‘remix’ perucapan kata yang silap oleh Dato’ Jalaluddin Hassan semasa memberi komen kepada superhero telah menjadi rencah utama buat Shiro.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →