Showing posts with label Shiro. Show all posts
Showing posts with label Shiro. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Virus Tersingkir, Sepahtu, Shiro, Bocey, Zero, Nabil Ke Pentas Akhir MLM!

Nasib tidak menyebelahi kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor.


Virus Tersingkir, Sepahtu, Shiro, Bocey, Zero, Nabil Ke Pentas Akhir MLM!, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014

Penyingkiran Virus sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Metro, sejak awal lagi  Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarka

han 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Sumber : murai.com.my

Monday, January 19, 2015

MLM 2014: Persembahan Shiro Umpama Sindiran Kepada Peminat K-Pop

Maharajalawak Mega 2014 (MLM 2014) minggu lalu nyata tidak menghampakan terutama persembahan Shiro dan juga Sepahtu.


MLM 2014: Persembahan Shiro Umpama Sindirin Kepada Peminat K-Pop, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shiro, MLM2014

Persembahan mereka nyata membuahkan hasil dan penonton di auditorium mahupun di rumah tidak kering gusi dibuatnya.

Tema yang diberikan oleh produksi telah digalas dengan penuh dedikasi iaitu Tema Radio dan Trend Terkini. Persembahan Shiro semasa slot trend terkini, mereka memfokuskan kepada isu k-pop.

MLM 2014: Persembahan Shiro Umpama Sindirin Kepada Peminat K-Pop, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, shiro, MLM2014

Shiro seakan-akan menyindir peminat K-Pop yang terlalu taksub dan tidak boleh ditegur, walaupun dalam versi lawak nyata mesej yang disampaikan oleh mereka boleh difahami dengan jelas.

Untuk slot radio, Shiro menjadikan juri sebagai bahan usikan boleh dikatakan menjadi kerana mereka telah ‘remix’ perucapan kata yang silap oleh Dato’ Jalaluddin Hassan semasa memberi komen kepada superhero telah menjadi rencah utama buat Shiro.

Sumber : murai.com.my

Tuesday, December 16, 2014

Shiro gaduh di belakang pentas MLM 2014?

Sharol (Shiro) menyangkal dakwaan kononnya dia dan Ajak (Shiro) bergaduh di belakang pentas ketika membuat persembahan pada minggu kelima "Maharaja Lawak Mega 2014".


Shiro gaduh di belakang pentas MLM 2014?, info, terkini, hiburan, pelawak dan pelakon, shiro, ajak, Shiro, gosip,

"Mana ada. Saya langsung tak bergaduh dengan Ajak. Yang saya marah pada malam itu mengenai masalah props bukannya Ajak.

"Memang betul selepas persembahan malam itu saya marah, tapi bukan dengan Ajak. Saya geram dengan produksi sebab susunan props ketika kami buat persembahan tidak mengikut perancangan.

"Muka saya agak masam ketika berbual dengan Ajak mengenai hal itu di belakang pentas. Mungkin kebetulan masa saya mengadu kepada Ajak, ada yang ternampak dan tersalah sangka. Jadi tersebarlah cerita begini," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Shiro dikatakan berdepan konflik sejak pertandingan MLM 2014 bermula dan ada juga gosip yang mendakwa kononnya mereka tidak memberi komitmen sehingga menyebabkan kualiti persembahan mereka merosot.

Dalam pada itu, Ajak turut menafikan dia dan Shahrol bergaduh dan berkata isu pergaduhan tidak timbul kerana mereka hanya berselisih pendapat ketika memberi idea untuk persembahan sahaja.

"Dalam berpasangan, mana-mana pun tentu ada bertikam lidah, tapi tak adalah sampai bergaduh. Kadang-kadang bila kita berbincang idea tentulah ada berselisih pendapat, tapi itu bukan bergaduh namanya. Mungkin ada orang salah anggap dan buat cerita kami bergaduh.

"Pelawak adalah golongan yang sensitif. Kalau betul kami bergaduh benda itu tak boleh nak sorok. Kalau nak acah-acah dan buat-buat suka pada pasangan pun ia akan nampak ketara di mata orang.

"Tapi rasanya antara saya dan Shahrol tak wujud perkara itu sebab kami memang tak bergaduh."

Baca : SonaOne masih mendalami Bahasa Melayu 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 29, 2014

MLM2014 : Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara?

Minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) menampilkan tema Retro. Tapi, entah kenapa hampir kesemua persembahan kurang menyengat. Korang rasa tak apa yang kami rasa?


Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara?, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014, Shiro, kontroversi

Yang paling kami hampa, bila kumpulan yang dijangka menampilkan persembahan terbaik, tak berjaya membuatkan kami gelak terbahak-bahak.

Juri pun macam serius je berikan komen. Semua setuju bahawa tema kali ini agak berat. Tapi, kalau korang perasan, persembahan Shiro betul-betul mencuri perhatian.

Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara?, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014, Shiro, kontroversi
Samurai tersingkir di minggu ke-3

Bukan kerana kelakar, tapi sesetengah peminat beranggapan kumpulan Shiro memperlekehkan pasukan bolasepak negara. Aik, apa sudah jadi?

Bila kami intai laman Facebook rasmi MLM2014, ada yang bersetuju dengan juri bahawa bola sepak merupakan perkara sensitif. Iyalah, isu bola kan tengan ‘panas’ sekarang ni.


Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara?, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014, Shiro, kontroversi

Namun, dari sudut lain, sebenarnya persembahan Shiro telah mengembalikan nostalgia pemain bola sepak negara yang mungkin kita sendiri sudah terlupa akan kewujudan mereka.

Tapi, pendapat masing-masing kan? Ada juga peminat yang tetap merasa terhibur dengan persembahan dua sahabat ini. Apapun, jom kita recap balik persembahan sebentar tadi dengan foto-foto menarik. Layan~

Baca : Zizan Mohon Maaf Kerana Persembahan Virus Di MLM 2014 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif