Showing posts with label ajak. Show all posts
Showing posts with label ajak. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Shiro gaduh di belakang pentas MLM 2014?

Sharol (Shiro) menyangkal dakwaan kononnya dia dan Ajak (Shiro) bergaduh di belakang pentas ketika membuat persembahan pada minggu kelima "Maharaja Lawak Mega 2014".


Shiro gaduh di belakang pentas MLM 2014?, info, terkini, hiburan, pelawak dan pelakon, shiro, ajak, Shiro, gosip,

"Mana ada. Saya langsung tak bergaduh dengan Ajak. Yang saya marah pada malam itu mengenai masalah props bukannya Ajak.

"Memang betul selepas persembahan malam itu saya marah, tapi bukan dengan Ajak. Saya geram dengan produksi sebab susunan props ketika kami buat persembahan tidak mengikut perancangan.

"Muka saya agak masam ketika berbual dengan Ajak mengenai hal itu di belakang pentas. Mungkin kebetulan masa saya mengadu kepada Ajak, ada yang ternampak dan tersalah sangka. Jadi tersebarlah cerita begini," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Shiro dikatakan berdepan konflik sejak pertandingan MLM 2014 bermula dan ada juga gosip yang mendakwa kononnya mereka tidak memberi komitmen sehingga menyebabkan kualiti persembahan mereka merosot.

Dalam pada itu, Ajak turut menafikan dia dan Shahrol bergaduh dan berkata isu pergaduhan tidak timbul kerana mereka hanya berselisih pendapat ketika memberi idea untuk persembahan sahaja.

"Dalam berpasangan, mana-mana pun tentu ada bertikam lidah, tapi tak adalah sampai bergaduh. Kadang-kadang bila kita berbincang idea tentulah ada berselisih pendapat, tapi itu bukan bergaduh namanya. Mungkin ada orang salah anggap dan buat cerita kami bergaduh.

"Pelawak adalah golongan yang sensitif. Kalau betul kami bergaduh benda itu tak boleh nak sorok. Kalau nak acah-acah dan buat-buat suka pada pasangan pun ia akan nampak ketara di mata orang.

"Tapi rasanya antara saya dan Shahrol tak wujud perkara itu sebab kami memang tak bergaduh."

Baca : SonaOne masih mendalami Bahasa Melayu 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif